Bagi sesetengah wanita, berat badan adalah perkara yang sangat penting dan sensitif. Hal ini kerana kebanyakkan daripada mereka pasti akan tersinggung jika dilabel dengan perkataan gemuk, berisi atau lain-lain malah lebih teruk boleh menyebabkan stress hingga hilang keyakinan. Sebenarnya, punca kegemukan ini berlaku disebabkan pemakanan individu yang tidak seimbang dan juga tidak teratur.

Ditambah pula, dengan gaya pemakanan yang lebih memilih kepada fast food, ia membuatkan proses kegemukan berlaku dengan semakin pantas. Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai yang stress setelah badan terasa gemuk.

VIDEO :

Biarpun begitu, berbeza pula dengan posting ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @mommy_ani apabila dia berkongsikan sebuah video yang memaparkan cara terbaru untuk menguji berat badan.

Jika dilihat pada rakaman itu, beberapa pasangan Barat telah melakukan ujian tersebut dengan kaedah lompatan yang dibuat oleh para wanita. Jika si suami berjaya menyambut lompatan tersebut, ia bermakna berat badan mereka masih ideal. Begitulah cara terbaru yang dikatakan boleh menguji berat badan para wanita. Namun, keadaan itu membuatkan ramai warganet terhibur setelah membayangkan situasi jika mereka melakukan perkara yang sama.

Video yang dirakam selama beberapa saat itu telah berjaya mencuri perhatian ramai sehingga mendapat sebanyak 21.1 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter terbabit.

KreditSumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/nak-timbang-berat-badan-sampai-buat-cara-ini-ramai-yang-tertarik-dengan-rakaman-video-ini/

 

Previous article“Saya Ters1nggung!” – Mia Sara Disuruh Buka Tudung Kalau Nak Berlakon
Next articleBudak 5 tahun naik ambulans seorang diri, ini keadaan terkini dia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here