Nur Fazura Sharifuddin merupakan seorang pelakon, pengacara, model, penyanyi dan usahawan Malaysia. Selain itu, beliau memulakan kerjayanya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan pelakon kecil. Fazura juga merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Teens World. Di samping itu, beliau melancarkan kerjaya filemnya dengan memainkan peranan watak utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan menerima pencalonan anugerah. Fazura juga telah berkahwin dengan Fattah Amin pada 27 November 2017 di satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas dilaporkan mempunyai hubungan intim dengan pelakon tersebut. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik beliau iaitu fazuraofficial menunjukkan beliau sedang berada di hospital bersama anak perempuannya. Klip video tersebut menunjukkan anak perempuannya yang baru sahaja menerima suntikan dan sedang menangis. Gelagat Fatima yang menangis tetapi mahu ketawa itu telah mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen mengatakan mereka amat terhibur melihat gelagat Fatima tersebut. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka amat memahami Fatima kerana mereka juga pernah mengalami situasi ingin menangis tetapi mahu ketawa juga. Ada juga yang mengatakan Fatima keliru dengan perasaan beliau.

Klip video tersebut mendapat sambutan yang sangat hangat dan mempunyai sebanyak 1.3M tontonan, 106.6K sukaan dan 1008 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@EkaShapyka: thankss fatima, cmnila kakak semasa emosi tak stabil setiap bulan.. kejap nak gelak kejap nak nangis

@Shammy Shamsiah: adoii Nyamma boleh pulak dia ketawa sambil nanges ..autaa ni

@Aalinzach: Mcm ni lah kami fatima bila time gaji .. teringat komitmen dan feeling happy nak pegi enjoy duit gaji

@suemai: sy pernah main ngan kakak mse kcik2 dlu. terjTuh. ngis sbb sakit,ktawe sbb klakar.

@prettyjulyyyyy: Mcm marah Aiman haritu pastu dah depan dia tak tahu nak terus serius ke nak ketawa sbb Aiman ketawa2 eih sakit hati kita

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous article“Teringat dulu zaman mula-mula kahwin pun macam ni…” – Anak Shiera Ijoy menggamit kenangan awal perkahwinan
Next article“Ni kalau tambah Zahirah MacWilson auto jadi Charlie Angel…” – Ramai puji kecantikan Amelia Henderson dan Anna Jobling

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here