Connect with us

Entertainment

“Nak N4ngis Rasanya”-Dalam Masa 2 Hari Dapat Kumpul RM75,000 Untuk Beli Troli Jen4zah Dan Tong 0ksigen

Published

on

PETALING JAYA – Pelakon Ma­war Rashid tidak pernah me­­nyangka dan terlintas di fi­ki­rannya apabila berjaya me­ngumpulkan wang lebih RM75,000 hasil sumbangan daripada orang ramai dalam tempoh dua hari sahaja.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashi, 26, berkata, wang hasil sumbangan itu akan disalurkan terus kepada H0spital Selayang bagi menampung kos pembelian beberapa peralatan termasuk troli jen4zah dan tong oksigen.

“Selain H0spital Selayang, saya juga serahkan sumbangan kepada Hospital Ampang bagi menampung kos pembelian beberapa peralatan yang mereka perlukan.

“Alhamdulillah, semoga usaha dan bantuan kecil saya ini dipermudahkan Allah.

“Terima kasih juga atas soko­ngan dan bantuan yang dihulurkan termasuk daripada rakan selebrti seperti Zoey, Zarina Anjoulie, Eyra Hazali dan lain-lain,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam.

Mawar berkata, dia juga bangga akan keprihatinan rakyat negara ini yang begitu bermurah hati walaupun ketika negara dihimpit pandemik C0vid-19 dan ramai yang terkesan.

“Alhamdulillah, saya memang betul-betul tak pernah menyangka dapat mengumpul wang bantuan sebanyak ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik anda semua dan moga kita semua dimurahkan rezeki kelak,” ujarnya.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Raf Yaakob itu turut mengambil inisiatif dengan meng­hulurkan wang peribadi miliknya sebanyak RM20,000 ba­gi tujuan membeli tong oksig3n yang semakin kritik4l dan berkurangan di h0spital.

Kelmarin, Mawar menerusi sesi siaran langsung (IG Live) berjaya mengumpul dan me­ngutip dana sebanyak RM35,000 hasil sumbangan daripada pengikutnya hanya dalam masa sejam bersiaran.

“Mawar sangat gembira de­ngan rakyat di negara ini. Buat live semalam (kelmarin) dapat kumpul RM35,000 dalam masa sejam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

“Saya sangat hargai kamu semua. Nak nang1s rasanya. Saya bangga dengan anda semua. Rakyat Malaysia semua pemurah dan baik hati.

“Ada yang derma RM3O, RM50, RM200, RM3 pun ada. Mawar doakan kepada anda semua yang dah buat sumbangan agar dilipatgandakan rezeki,” tulisnya sebagai kapsyen.

Pelakon drama Suamiku Pa­ling Sweet itu memberitahu, sumba­ngan terkumpul pa­da hari pertama IG Live akan digunakan untuk membeli dua unit troli bagi memindahkan jena­zah mangsa Co­vid-19 dari wad ke Unit Forensik di Hospital Sela­yang.

Harga pasaran troli bagi berke­naan dianggar­kan sekitar RM35,000 seunit.

Sumber:kosmo

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara