Biarpun dia bukan seorang selebriti, namun nama Farah Lee tetap dikenali ramai sebagai personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri.

Sehingga kini Farah Lee mempunyai pengikut berjumlah lebih 784,000 orang di Instagram miliknya itu yang banyak berkongsi kisah semasa belajar, kisah anaknya, koleksi pakaiannya dan kisah-kisah lain lagi.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee memuat naik sekeping gambar anaknya ketika berada di luar negara.

“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulis Farah Lee.

Tulisnya lagi, terutama kepada ayah-ayah yang terlalu sibuk bekerja atau yang sudah bercer4i dengan isteri dan anak tinggal bersama dengan bekas isteri.

“Nak2 ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.

Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan

well-being anak-anak untuk kita,” tulisnya lagi.

Farah turut mengingatkan bahawa anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa.

“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” tulisnya lagi.

Tidak diketahui sama ada ianya hanya sekadar ‘bebelan’ pada orang-orang tertentu atau sekadar coretan biasa sahaja.

Namun ramai yang meninggalkan komen mengadu mengalami nasib yang serupa diceritakan oleh Farah.

5fc85ee1805f5

5fc85ee1b09b8

5fc85ee1da3d7

Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin binti Romli pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 tetapi kemudiannya bercer4i pada Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang tinggal bersama Farah.

Sumber: Gempak/http://www.dnq.pw/

Previous articleFattah Dan Fazura Masih Belum Sedia. . .
Next articleGadis Sebak Lihat Lelaki Penyayang Depan Mata. . .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here