Connect with us

Entertainment

Muss Lepas Gian

Published

on

Bintang Gegar Vaganza (GV7) Muss mula rindu untuk menyanyikan lagu genre asalnya iaitu rock.

Untuk melepaskan kerinduannya, Muss menyanyikan lagu rock sewaktu memandu kereta.

Muss berkongsi klip pemdek itu menerusi akaun Instagramnya.

“Lama sangat dah tak menyanyi lagu rock ni. Ini lagu untuk warm up, Laudness. Rock tetap di hati,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pengikutnya juga menyatakan hasrat untuk melihat Muss membawakan lagu rock di pentas GV7.

Untuk minggu ketujuh ini, Muss bakal membawakan lagu berjudul Sembah nyanyian asal Naim Daniel.

KOMEN NETIZEN :

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.

Sumber : Gempakk

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara