Connect with us

Entertainment

“Maaf Sekali Lagi Saya Terp4ksa..” – Que Haidar

Published

on

Pelakon Que Haidar mengakui tidak sen4ng dengan cara pendekatan sesetengah produksi ketika menawarkan pekerjaan atau peluang berlakon kepada pelakon.

Menurut Que, dia tidak setuju dengan cara etika kerja mereka yang terlebih dahulu bertanyakan kelapangan waktu pelakon dalam satu-satu tarikh tanpa membentangkan apa isi projek filem atau drama tersebut.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi saya memang tidak gemar bila anda nak saya menyertai sesuatu projek anda bertanya tentang kelapangan tarikh saya dahulu. Maaf sekali lagi.

“Saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi projek tersebut, pengarahnya, jalan ceritanya, wataknya, pemain-pemain yang lain, lokasinya dahulu.

“Biar pelakon itu sendiri bertanyakan tarikh tersebut. Ini bukan untuk pelakon saja tapi gunakan cara ini dengan semua pekerja filem.,” katanya.

Que mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Que memuat naik perbualan wakil produksi yang memberi tawaran berlakon itu.

Pelakon filem Castello itu bagaimana pun sekali lagi meminta maaf kerana dia terpaksa menol4k tawaran tersebut.

“Maaf sekali lagi saya terpaksa tol4k tawaran anda sebelum saya ambil tahu tentangnya,” tegasnya.

Que sudah berkecimpung dalam dunia seni lakonan dengan membintangi banyak filem dan drama sejak 15 tahun lalu.

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara