Connect with us

Entertainment

“Mulut macam Bab*” – Upload Foto Bersama Anak Sekali Individu Ini Komen Buat Ramai Panas

Published

on

Pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura menegaskan mereka bakal menunjukkan wajah anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya apabila sampai waktunya.

Masih menyembunyikan wajah Fatima daripada tatapan umum biarpun di media sosial, kata Fattah, keputusan itu datang daripada mereka sekeluarga dan bukannya perjanjian hak eksklusif dengan mana-mana stesen televisyen.

“Tak ada eksklusif dengan mana-mana stesen televisyen pun untuk mendedahkan wajak anak, memang tiada produksi atau client yang berunding mengenai perkara ini.

“Buat masa sekarang belum ada tarikhnya lagi, kita merancang akan tunjuk wajah Fatima tapi tak tahu bila. Itu keputusan kami sekeluarga.

“Baru-baru ini pun saya ada buat majlis cukur jambul di rumah sendiri walaupun pada mulanya ada merancang untuk buat kenduri. Tetapi keadaan tak mengizinkan, mungkin sebab itu jugalah kami tangguh dulu (daripada mendedahkan wajah anak),” kata Fattah kepada Gempak.

Justeru, Fattah memberitahu kewujudan Instagram khusus @fattzuralovelife juga menjadi medium perantara untuk berkongsi perihal tentang permata hati mereka.

Dalam pada itu, Fattah akui teruja merasai pengalaman sulungnya sebagai bapa.

“Bila sudah jadi daddy ni semua bagi pesanan dan doakan yang terbaik untuk keluarga.

“Apa yang dapat saya kongsikan, sudah dapatlah merasai pengalaman tak tidur malam sebab anak menangis setiap tiga jam. Jadi, timbul rasa tanggungjawab itu untuk bangun tengah-tengah malam.

“Memang ini pengalaman yang tak dapat dilupakan. Orang kata kena nikmati detik ini sebab baby tak selamanya kecil dan apabila mereka sudah besar kita akan merindui momen-momen ini,” tambahnya.

Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan pada majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017 dan menimang cahaya mata sulung, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Komen Netizen :

Komen tersebut meraih hampir 1000 tanda suka. Tapi sebenarnya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan komen tersebut lalu meminta mak cik bawang ini untuk untuk bertaubat.

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara