Connect with us

Entertainment

Mulanya Intai, Kemudian Gilir-Gilir Tidur Tepi Ghina… Sang Bengal Agr3sif Berubah Manja, Sampaikan Tak Boleh Berengg4ng! – “Meny3sal Terpeng4ruh Cakap Orang”

Published

on

KITA sering kali mendengar kata-kata kon0nnya ibu bapa tidak sesuai memelihara kucing sekiranya mempunyai bayi di rumah.

Ini kerana perkara tersebut dibimbangi akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan bayi kerana terd3dah dengan hama, bulu dan sebagainya.

Namun berlainan pula dengan bayi perempuan ini yang kelihatan begitu mesra dan manja dengan kucing yang dipelihara keluarga angkatnya.

Bukan biasa-biasa, sebaliknya kucing-kucing yang dipelihara adalah daripada baka Bengal, yang terkenal dengan sifat semula jadinya yang aktif dan agr3sif.

Berkongsi cerita dengan mStar, Qasrina berkata dia sememangnya meminati baka Bengal dan memelihara kucing daripada baka ini sejak beberapa tahun lalu kerana tertarik dengan warna dan coraknya yang menyerupai harimau bintang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ded4hnya yang senang disapa sebagai Qas, seperti kebanyakan individu lain, dia juga terdetik rasa bimbang dan t4kut apabila membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.

“Jujurnya sebelum mengambil Ghina, saya dah jual tiga anak kucing Bengal sebab terpeng4ruh cakap-cakap orang mengenai risik0 kucing kepada kesihatan bayi.

“Tambahan pula Ghina selepas dilahirkan terp4ksa dit4han seketika di wad kerana ada masalah berk4itan pern4fasan. Saya ingat lagi, masa mula-mula Ghina sampai di rumah ini, kucing-kucing Bengal datang intai-intai.

“Mula-mula mereka intai-intai dari jauh sahaja… tapi bila letak Ghina atas tilam di lantai, mereka makin dekat dan ada yang siap baring tepi tilam. Bergilir-gilir mereka tidur tepi Ghina.

bengal baru 2

Kucing Bengal peliharaan Qas ‘meng1ntai’ Ghina ketika baharu tiba di rumah.

“Saya perhati juga t4kut mereka h3mpap atau cak4r… tapi sifat mereka begitu berlainan sekali… nampak macam nak cipta ‘bonding'” ujarnya.

Cerita Qas, dua minggu selepas memelihara anak angkatnya, salah seekor kucing Bengal miliknya melahirkan anak dan apa yang aneh, kucing berkenaan letakkan anak-anaknya berdekatan Ghina.

“Sebelum ini kucing-kucing ini biasa saja tapi selepas beranak dan ada pula Ghina di rumah ini, mereka jadi terlebih manja dengan kita.

“Pernah Ghina baring atas perut, tarik ekor dan genggam bulu kucing-kucing ni tapi Alhamdulillah, kucing-kucing ini tak garang atau balas. Dah macam kawan baik pula.

bengal baru 1

Si bulus yang sentiasa menemani Ghina.

“Sekarang Ghina pun menc3cah 11 bulan, tak pernah lagi ada insiden kena cak4r atau sebagainya. Moga-moga dijauhkanlah.

“Dan menakjubkan, apabila bawa Ghina untuk pemeriksaan berjadualnya, tak ada masalah kesihatan malah doktor beritahu masalah pernafasan yang pernah dihidapinya sebelum ini juga tiada,” ujar Qas yang juga pengasas produk kesihatan dan kecantikan ini.

Sering membuat perkongsian video keakraban Ghina dan kucing-kucingnya di TikTok, Qas berkata dia terharu apabila menerima komen positif daripada netizen yang kagum dengan hubungan anak angkat dan haiwan peliharaannya itu.

Namun ujarnya, dia tidak terkecuali menerima komen berunsur neg4tif terutama berkaitan kebersihan yang dibimbangi memudaratkan kesihatan anak angkatnya.

Sebelum ini kucing-kucing ini biasa saja tapi selepas beranak dan ada pula Ghina di rumah ini, mereka jadi terlebih manja dengan kita.

QAS

“Biasalah, ramai komen suarakan kebimbangan soal bulu kucing, h4ma dan sebagainya… t4kut mudaratkan kesihatan baby. Tapi saya ni dah pelihara lama, bab kebersihan memang perkara nombor satu yang kita jaga.

“Kucing-kucing ni memang dijaga dari segi grooming, kesihatan dan sebagainya mengikut jadual. Kuku-kuku pun dipastikan dipotong. Setiap pagi, rutin harian saya akan vakum dulu seluruh rumah.

“Bila tengok kucing-kucing ni manja dan mesra, kadang-kadang rasa meny3sal pula sebab jual kucing dulu hanya kerana terp3ngaruh cakap orang,” ujarnya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya mendapat perhatian ramai, Qas berkata dia sekadar mahu berkongsi konten yang sedikit sebanyak boleh memberi hiburan dan inspirasi kepada orang lain.

bengal baru 3

Ghina dan kucing-kucing Bengal peliharaan Qas akrab seperti rakan baik.

“Kalau nak tahu, saya baru saja buka akaun TikTok dua bulan lepas dan kontennya adalah Ghina dan kucing-kucing saya. Tak sangka dapat jumlah tontonan yang tinggi sehingga cec4h lebih sejuta views.

“Dalam masa yang sama, secara tak langsung saya nak educate orang lain juga mengenai sikap dan karakter kucing Bengal kerana ia sering disalah anggap ramai orang yang menyangkanya kucing hutan,” katanya lagi.

Sumber:mstar

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara