Connect with us

Viral

Bell Ngasri Akui Rugi RM1OOO, Mubarak Majid Perjelas Cerita Sbenar

Published

on

“Saya ingatkan yang abang Mubarak sekarang memang perlukan duit sebab terkesan dengan PKP. Katanya dia nak bayar balik esok… sekarang saya baru sedar dah kena kencing (tipu). Lagipun dia bukan orang lain, kami dah lama kenal dan kami sedang buat job bersama. ” – Bell Ngasri

Pelakon Mubarak Majid menjadi antara mangsa penipuan atau ‘scam’ yang dilakukan menerusi aplikasi Facebook dan WhatsApp.

Perkara itu dikongsi Mubarak menerusi beberapa posting di Instagramnya, semalam.

Menurut Mubarak, dia mengakui menjadi punca beberapa kenalannya termasuk dalam kalangan selebriti terjerumus sebagai mangsa scammer.

Menurutnya, kecuaian berkongsi kod pengesahan yang dihantar ke telefonnya membuatkan aplikasi WhatsApp miliknya itu digodam individu tidak bertanggungjawab.

“Saya Mubarak Majid telah berjaya mendapatkan semula akaun WhatsApp saya.

Saya mohon maaf kepada sahabat semua kerana kecuaian mengendalikan Facebook hingga menyebabkan WhatsApp saya digodam.

“Sebenarnya saya diperdaya oleh rakan daripada Facebook yang saya tidak kenali, dia minta verification code WhatsApp dengan saya.

“Awalnya saya tak nak bagi, tapi dia pujuk dan memberitahu WhatsApp saya ada masalah dan perlu diperbetulkan, saya pun bagi tiba-tiba WhatsApp sudah tidak boleh digunakan,” katanya.

Jelasnya, ada diantara sahabat yang terpedaya lalu mengalami kerugian puluhan, ratusan dan ribuan ringgit.

“Laporan polis telah pun dibuat dan mana mana-mana individu yang membuat pemindahan wang kepada akaun scammer itu sila membuat laporan.

“Maklumkan saya juga hingga penjenayah itu tertangkap, Allahuakbar,” katanya.

Difahamkan, sehingga kini terdapat enam rakannya telah memindahkan wang termasuklah pelakon Bell Ngasri dan anggaran kerugian melebihi RM10,000.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG bell

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara