Connect with us

Entertainment

Msteri Ketukan Pintu Kembali Tapi Trsalah Ketuk Rumah Bekas Imam. Sekali Imam Buat ‘Sesuatu’, Terdiam Terus

Published

on

” Kerajaan baru umum boleh rentas negeri, dia dah sampai Alor Gajar pergi ketuk rumah orang Melaka pulak”

Demikian reaksi segelintir warganet yang mengaitkan kjdian gngguan misteri ketukan pintu waktu malam yang ‘berpindah’ ke Melaka dengan pengumuman kerajaan membenarkan rentas negeri.

Meskipun apa yang berlaku di Sabak Bernam sejak 18 hari lalu sudah berakir namun persoalan masih belum terjawab.

Kini, beberapa penduduk di daerah Alor Gajah pula dikejutkan dengan kjdian sama.

Difahamkan, kira-kira lima buah rumah di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah di sini dignggu ketukan kuat pada awal pagi Rabu lalu.

Selain lima rumah tersebut, kjdian ketukan pintu itu turut didengari oleh beberapa penghuni rumah berhampiran dan kjdian dikatakan berlaku pada pukul 3 hingga 3.20 pagi.

Dakwa penduduk, Rasemah Alias, 62, pintu rumahnya diketuk pada pukul 3.15 pagi semasa dia bangun untuk solat.

” Saya dengar bunyi pintu rumah diketuk. Bunyi itu berlaku dalam tempoh kurang lima minit,” katanya ketika ditemui semalam.

Pada mulanya, Rasemah mengabaikan bunyi itu, namun ketukan semakin kuat menyebabkan dia ketakutan.

Rasemah memberitahu, ini kali pertama dia dignggu sejak tinggal di kampung itu lebih 30 tahun lalu.

Terdahulu, seorang individu memuat naik status di laman Facebook mendakwa misteri ketukan pintu tanpa salam menghantui beberapa rumah penduduk di Kampung Paya Rumput.

Sementara itu, Azizah Yassin, 59, pula memberitahu, dia mendengar bunyi ketukan dari rumah anak saudaranya pada pukul 3.20 pagi.

” Saya mengejutkan suami, namun dia menganggap bunyi bising babi hutan,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Amalina Abdul Rahim, 28, mendakwa, dia terdengar bunyi ketukan pintu pada pukul 3 hingga 3.15 pagi semasa terjaga untuk menyusukan anaknya.

” Ketukan pertama tidak begitu kuat, namun saya terkejut dengar ketukan kali kedua.

” Saya hubungi ibu di bilik sebelah, ibu ingat anak saya yang ketuk pintu biliknya, namun apabila dibuka tiada orang,” katanya.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Paya Rumput, Azman Abu Hassan berkata, dia menerima aduan mengenai ketukan itu membabitkan lima buah rumah penduduk pada Rabu lalu.

” Kita sudah menganjurkan majlis bacaan Yasin. Alhamdulillah, mereka tidak lagi dignggu,” katanya.

‘Tersalah’ ketuk pintu rumah imam

Sementara itu, dalam satu kjdian berasingan, bekas Imam Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah di sini, Said Hassan berkata, kediamannya di Kampung Paya Rumput di sini, turut diketuk dari luar dengan kuat hingga menyebabkan pintu kayunya itu hampir tertanggal.

Dalam kjdian jam 3 pagi semalam dia dan isteri, Maimunah Hashim, 65, serta seorang anak perempuan berusia 24 tahun sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat itu.

” Saya segera membaca beberapa ayat al-Quran khusus untuk menjauhkan gngguan j1n dan sya1tan. Usaha saya itu berjaya menghentikan ketukan kuat pada pintu kediaman.

” Saya hairan kerana tidak pernah pintu rumah diketuk pada waktu awal pagi,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Sejurus baca surah, bunyi ketukan tiba-tiba terhenti

Pesara kerajaan itu berkata, sejurus membaca surah berkenaan, bunyi ketukan itu tiba-tiba terhenti dan dia menggagahkan diri untuk membuka suis lampu anjung rumah.

Said berkata, dia dan isteri kehairanan berikutan tiada sesiapa di luar rumah sejurus daun pintu dibuka.

” Alhamdulillah, Allah SWT menjauhkan kami sekeluarga daripada bahaya.

” Kjdian ini benar-benar menimbulkan tanda tanya penduduk di kampung ini yang turut dignggu,” katanya.

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/07/salah-ketuk-pintu-tuan-rumah/

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara