Connect with us

Viral

Aksi anggota tergolek motosikal tarik perhatian warganet

Kejadian jenayah sememangnya kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi melibatkan penjenayah bermotosikal yang dengan mudah melakukan kesalahan seperti meragut di khalayak ramai. Tular dalam satu jam Menerusi satu muat naik tular di Twitter petang tadi, seorang polis telah dilihat menahan beberapa orang lelaki yang didakwa meragut oleh pengguna sosial media. Video yang […]

Published

on

Kejadian jenayah sememangnya kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi melibatkan penjenayah bermotosikal yang dengan mudah melakukan kesalahan seperti meragut di khalayak ramai.

Tular dalam satu jam

Menerusi satu muat naik tular di Twitter petang tadi, seorang polis telah dilihat menahan beberapa orang lelaki yang didakwa meragut oleh pengguna sosial media.

Video yang dirakam di Jalan menghala ke Sungai Besi itu telah mendapat perhatian warganet dengan lebih daripada 3,000 RT dalam masa 1 jam.

Terjatuh dari motosikal

Namun begitu, apa yang menariknya di dalam video tersebut adalah salah seorang anggota polis yang bertugas telah terjatuh dari motosikal dan tergolek dijalanan.

Walaupun perkara tersebut berlaku secara tidak sengaja, warganet mengakui tidak dapat menahan rasa geli hati dengan situasi cemas itu.

Tergolek pulak!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen geli hati di muat naik yang dilakukan oleh pengguna Twitter bernama Syirraaa.

Footage kemalangan maut sebuah Grand Livina merempuh dan seret motorsikal sejauh 3km di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala Hentian Perkeliling pada malam tadi. Penunggang motor (rider foodpanda) maut ditempat kejadian. pic.twitter.com/43PssuqI1n

— MyWatch (@My_CrimeWatch) June 1, 2020

Namun begitu, kecekapan pihak polis dalam membanteras jenayah haruslah dipuji walaupun mengalami kejadian yang boleh mencederakan diri sendiri.

“Sabar jap aku tongkat motor dulu.”
Ingatkan dah kenapa tadi
Salah ke kalau tergelak

Kesahihan daripada video yang dimuat naik itu tidak dapat dipastikan, namun menerusi posting yang dibuat oleh pengguna Twitter, anggota polis tersebut sedang menahan beberapa orang lelaki yang didakwa telah melakukan kesalahan jenayah.

Sumber: Ohmymedia.cc

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara