Connect with us

Viral

“Mnangis msa job..” Spiderwoman Kantoi Muka Kluar TV Sbab Lakukan ‘Kerja G!la’, Tapi Dpt Jodoh Pun Kerja Sama.

Published

on

KERJAYA yang diceburinya tersenarai dalam 10 pekerjaan paling berbahaya dan berisiko di dunia.Namun berbekalkan minat dan ‘passion’ yang mendalam, wanita ini memilih untuk memasuki bidang kerja yang lazimnya didominasi oleh kaum lelaki, iaitu juruteknik akses tali (rope access).

Biarpun sege.lintir orang mungkin menganggap wanita ini melakukan ‘kerja gi.la’ kerana mempertaruhkan nyawa ‘ter.gan.tung’ di atas bangunan pencakar langit, namun pemilik nama Normalia Sidek ini berasa terpanggil untuk mendedahkan realiti sebenar kerjayanya sekaligus memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kaum hawa.

Video mengenai kerjayanya yang dikongsikan di aplikasi TikTok sehingga kini meraih melebihi 100,000 jumlah tontonan selain diban.jiri komen warganet yang meluahkan rasa ka.gum dengan kekentalan dan keberaniannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita bagaimana dia mula terje.bak dalam kerjaya tersebut, Normalia atau senang disapa sebagai Maya berkata segala-galanya bertitik tolak daripada hobinya yang menggemari sukan lasak ‘rock climbing’.

“Ia memang sukan kegemaran saya. Jadi bila dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan guna tali, saya terfikir nak mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani training selama enam bulan.

“Kali pertama dapat job selepas training, saya ditugaskan untuk satu tugasan maintenance di bangunan 30 tingkat. Saya masih ingat, saya me.nan.gis teresak-esak. Macam-macam perkara saya fikir masa ‘tergan.tung’ terutama ibu bapa.

“Terfikir juga ‘kenapalah aku pilih kerja ni?’. Namun mujur supervisor pandai handle emosi saya dan berjaya juga laksanakan tugas tu.

spiderwoman 2

Minat untuk menceburi kerjaya sebagai juruteknik akses tali bertitik tolak kerana hobinya yang menggemari aktiviti rock climbing.

“Kali kedua dan seterusnya, saya dah okay. Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Kini Maya sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).

Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya, Maya berkata juruteknik akses tali tidak sekadar membersihkan tingkap bangunan pencakar langit semata-mata.

“Selalu orang ingat kerja tergantung pakai tali ni cuci tingkap je. Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ni luas… banyak cabangnya.

“Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir, sampai bila nak cuci bangunan.

spiderwoman 1

Maya sudah empat tahun berkecimpung sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).

“Contohnya, baru-baru ini saya terlibat dengan tugas inspection di offshore. Ia antara satu kepuasan dalam bidang ini,” kata wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini.

Bercerita mengenai penerimaan ibu bapa, Maya mendedahkan dia menyorokkan kerjanya daripada pengetahuan keluarga pada awalnya, namun rahsia tersebut pecah selepas mereka menonton sebuah rancangan di televisyen.

“Kantoi bila mereka nampak muka saya dalam Majalah 3. Akhirnya saya mengaku saja. Alhamdulillah, ayah sangat menyokong… mak saya restu tapi biasalah, mak-mak mesti risau lebih.

“Saya bukan apa, segan nak beritahu takut mereka bangkang. Tapi akhirnya saya sedar, setiap langkah kita memerlukan doa dan restu ibu bapa. Ada hikmahnya juga kantoi,” kata anak kelima daripada enam adik beradik ini sambil ketawa.

Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan.

NORMALIA SIDEK

Setakat ini, Maya mampu berbangga dengan pencapaiannya yang sudah berjaya menakluk puncak (pinnacle) bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.

“Ia antara bucket-list yang sudah berjaya dicapai. Seterusnya, saya punyai impian nak takluk Burj Khalifa di Dubai pula,” katanya.

Siapa sangka, wanita ini bertemu jodoh dengan jejaka yang juga berkecimpung dalam bidang yang sama.

“Tak sangka langsung bakal suami pun dalam bidang ni. Tapi saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana berada dalam bidang sama. Tak semua orang boleh faham dan terima wanita kerja macam ni kan,” ujarnya yang bakal bernikah dengan jejaka pilihan hati pada 21 Oktober ini.

spiderwoman 3

Maya ketika menjalankan tugas inspection di pelantar.

Tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka menjadi tular, Maya berkata dia berharap agar perkongsiannya mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

“Ramai yang tanya macam-macam selepas saya share. Alhamdulillah, secara tak langsung mereka tertarik nak tahu lebih lanjut.

“Apapun bagi mereka di luar sana, kalau teringin lakukan sesuatu, jangan teragak-agak lakukannya.

“Jangan rendah diri kalau bidang kerja didominasi lelaki. Pendek kata, tiada apa yang mustahil. Semuanya terletak pada diri sendiri,” katanya lagi.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara