Connect with us

Entertainment

Miliki 40 Tahun Pengalaman, Sentuhan Tukang Rumah ‘Gar4ng’ Buatkan Anak Bongsu Kesayangan Tak Sabar Nak OOTD Depan Rumah

Published

on

RAKAMAN memaparkan seorang bapa sedang melorek simen pada bahagian dinding rumahnya tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 370,000 tontonan.

Dalam posting itu, Azla Ahmad, 22, berkata dia tidak sabar untuk bergambar di hadapan rumahnya tidak lama lagi.

“Lepas ni OOTD depan dinding rumah je. Kreatif sangat aboh (abah),” ujar gadis itu pada kapsyen.

Menurut anak bongsu itu, bapanya, Ahmad Abdullah, 66, mempunyai pengalaman sekitar 40 tahun sebagai tukang rumah.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Azla mengakui terkejut apabila rakaman berkenaan meraih jumlah tontonan luar biasa menerusi TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya saya rakam sebab nak tunjuk pada kakak yang jauh. Kakak saya tinggal di Kuala Lumpur. Video itu sebagai pengubat rindu untuknya.

“Terk3jut bila dah viral. Saya memang tak sangka. Saya kongsikan video proses melorek dinding simen yang belum keras lagi. Kemudian ramai pula yang minta part two, nak tengok hasilnya.

azla2

Bahagian dinding yang dilorek oleh bapanya.

“Proses melorek tu ambil masa sehari je. Ayah buat pada hari Jumaat sebabnya pada hari lain, dia bekerja buat rumah orang,” ujar Azla.

Menurut Azla, kediaman keluarganya juga dibina sendiri oleh bapanya suatu masa lalu.

Kakak saya pun kata tak sabar nak balik OOTD.

AZLA

Namun kata Azla, ayahnya baru-baru ini sekadar suka-suka membuat lorekan pada dinding untuk memperindah lagi kediaman mereka.

“Ayah lorekkan simen pada dinding tu untuk bagi nampak cantik. Dah siap, cuma belum cat lagi.

“Ayah memang kuat bekerja. Sampai sekarang dia masih bekerja. Kadang-kadang rasa sebak juga tengok dia bekerja. Dia balik kerja, boleh nampak penat tu.

“Bila saya kongsikan video tu, kakak saya pun kata tak sabar nak balik OOTD dan bergambar sambil berlatarbelakangkan dinding rumah kami.

“Tapi paling ser0nok mengenai ayah, dia seorang yang gar4ng tapi dia tak gar4ng dengan saya yang juga anak bongsunya,” ujarnya bersel0roh.

azla1

Dinding rumahnya yang dibuat sendiri oleh bapanya suatu masa lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut melu4hkan rasa rindu kepada bapa masing-masing menerusi ruangan komen video itu.

Kata netizen, video itu membuatkan mereka seb4k memandangkan sudah lama tak pulang ke kampung gara-g4ra lar4ngan rentas negeri.

Malah, ramai anak-anak tukang rumah turut berkongsi kisah mereka pada posting video itu.

“Dulu abah saya pun macam ni, tambah bahagian dapur pun buat sendiri. Tapi sekarang abah dah tak kuat, k3ncing manis pot0ng tiga jari. Berdiri pun tak seimbang.

“Ayah saya pun tuk4ng buat rumah. Kalau nak tambah bilik, ayah saya pun buat sendiri. Kalau suruh orang buat, m4hal.

“Rindunya arw4h abah. Abah dulu pun tukang rumah dan selalu bina masjid, madrasah dan surau.

“Wah sama lah ayah kita. Tapi ayah kita dah tak ada,” tulis beberapa anak tukang rumah pada ruangan komen.

 

Sumber:mstar

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara