Shahrul Anuar Zain bin Zain atau lebih dikenali sebagai Anuar Zain merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Beliau merupakan adik kepada penyanyi, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik. Antara lagu-lagu yang popular milik beliau adalah “Keabadian Cinta”, “Sesucinya Cintamu”, “Lelaki Ini”, dan terbaru “Sedetik Lebih”. Beliau merupakan satu daripada artis-artis tempat yang memperolehi bayaran tertinggi dengan nilai kira-kira RM50,000. Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar Zain mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one. Beliau lahir di Merlimau tetapi membesar di Shah Alam, Selangor. Adik kepada penyanyi Ziana Zain ini ialah orang terawal yang bergiat di dunia hiburan pada zaman remaja apabila beliau telah menghasilkan album duet bersama Ellina. Ketika itu lagu yang amat diminati ialah “Kain Pelikat”.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik divafonte123_ menunjukkan seorang peminat beliau yang sedang menyanyikan lagu miliknya iaitu Sedetik Lebih. Klip video tersebut menunjukkan peminat tersebut menyanyikan lagu milik artis tersebut di sebelahnya. Rata-rata netizen memuji suara peminat tersebut kerana bukan senang untuk menyanyikan lagu milik Anuar Zain dengan merdu. Ramai juga mengatakan Anuar Zain sudah mempunyai kembar kerana peminat beliau mempunyai suara yang seakan-akan suara beliau. Ada juga yang mengatakan untung beliau dapat berjumpa dengan artis kegemaran beliau secara bersemuka.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 27.9K tontonaan, 1313 sukaan dan 168 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@𝙃𝙖𝙛𝙚𝙯 𝙃𝙞𝙡𝙢𝙞:abg anuar sebut wow pun dah sedap inikan part nyanyi
@Along Mazlan:Anuar Zain nyanyi walaupun sekejap…tp smpi ke hati sy bila dgr.
@Emma Anuar:Wow wow abg nuar dgr awk nyanyi laaa.. fire!
@ZidokuSueSteamboat:Ya Allah… Meremang bulu roma dooo… My Anuar Zain
@Farhana:Allahuu. Sedap suara dua2. Meremang dgr..
@Haliza Khalili:Aduhhh.. Masuk ICU aku kalo dgr suara abg Anuar Zain ni…
@IMAR:suaranya best.
but AZ just tiada bandingan. terbaik
@Alias Mastura:aiyooo..sekali tuan dia masuk sebaris ayat .meremang… yg nyanyi ni pun best
@sofearose18:nice voice ada class tersendiri.. mmg minat anuar zain dari dulu…
@ruzanawatijaafar:anuar zain memang best xde yg boleh menandingi nya…
@Rosmainiza Zainal Abidin:Anuar Zain wpon dah 5 series, tp maintain ensem..suara jgn ckp laa, so marvelous
@FahmiMahat:improvise sebelah Anuar Zain. jarang terjadi lagi kena wow pulak tu steady lah
@Diva Fonte:Tgh neves gilaa time tu nk tarik pun napas jd pendek
@meeratrisya:habis la abg anuar xleh cari mkn dah..mantap gabungan ni
@gemukAwsom:skali anuar zain bukak mulut tenggelam terus. tapi sedap gle suara brader ni
Sumber: Tiktok, Wiki