Connect with us

Artis

“Mereka pernah berkawan..”- Hakim Ada beri Saranan Buat Siti Nordiana dan lima sekawan.

Published

on

“Berdamailah dgn tenang dan saling menginsafi. Jangan ego..”- Sumber

Perbicaraan kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura yang berlangsung pada pagi Jumaat ditangguhkan pada 20 Oktober depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh baharu berkenaan selepas mengambil kira kelewatan pasukan pendakwaan menyerahkan penyata saksi.

Mahkamah yang bersidang secara atas talian itu diberitahu peguam mewakili Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin baru sahaja menyerahkan penyata saksi pada Khamis.

Sementara itu hakim turut menyarankan plaintif dan defendan menggunakan tempoh yang diberikan sehingga 20 Oktober depan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut membabitkan mereka.

Prosiding yang berlangsung selama satu jam itu tidak dihadiri Siti Nordiana selaku plaintif.

Bagaimanapun kelima-lima defenden iaitu Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36; isterinya, Nur Sheila Hassim, 36; Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43; serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42, hadir dalam perbicaraan berkenaan.

Lan Solo dan isterinya Sheila serta Syura diwakili peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak.

Manakala Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli mewakili Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G.

Sementara itu peguam Nurul Hafidzah yang ditemui selepas prosiding mengalu-alukan jika kedua-kedua pihak bersetuju untuk bermediasi atau menyelesaikan isu ini di luar mahkamah.

“Kita memang sarankan kepada anak guam untuk selesaikan hal ini secara baik sebab mereka pun pernah berkawan.

“Sebelum perbicaraan akan datang, mereka boleh berbincang cari jalan terbaik. Malah plaintif memaklumkan boleh bertemu tapi di kawasan berkecuali.

“Kita tunggulah apa kata putus daripada mereka nanti, sama ada diteruskan atau tidak kami sentiasa bersedia,” ujarnya.

Antara komen komen daripada netizen:

Siti Nordiana, 37, menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu memfailkan saman terhadap lima individu berkenaan atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.

Pernyataan tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai lalu kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara