Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), rata-rata premis yang beroperasi wajib mematuhi SOP mendapatkan rekod butiran peribadi seperti nombor telefon dan suhu badan setiap pengunjung. Selain kurang efektif daripada imbasan QR code, proses rekod manual pada buku log juga berisiko timbulnya masalah lain apabila maklumat penting disalah gunakan oleh para petugas atau staf.
“Ingat saya tak?” Konon ‘sorry‘ sebab ambil nombor telefon pada buku log
Baru-baru ini pengguna Twitter yang dikenali sebagai Lin meluahkan rasa geram dan tak selesa apabila ada individu ‘menggatal’ dengannya selepas mengambil kesempatan terhadap nombor telefon yang ditulis ketika berkunjung ke sebuah kedai makan. Walaupun menyatakan maaf kerana mengambilnya tanpa izin, individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Ilyas itu siap menyuruhnya untuk simpan nombor tersebut untuk tujuan berkenalan.
Tiada QR code jadi terpaksa tulis dalam buku
Mengulas lanjut tentang bagaimana kejadian ini berlaku, Lin menjelaskan bahawa premis makanan yang dikunjungi olehnya pada ketika itu tidak mempunyai QR code untuk diimbas. Oleh itu, setiap pengunjung perlulah menulis nama dan nombor telefon dalam sebuah buku yang disediakan oleh premis berkenaan.
Ramai juga terkena benda yang sama
Lebih mengejutkan, terdapat segelintir netizen mendedahkan bahawa isu tersebut juga berlaku kepada mereka terutamanya di kalangan wanita. Malah seorang lagi rakan Lin turut didekati oleh individu pervert tersebut dengan menghamburkan kata-kata manis untuk memikat hati si gadis.
Sumber: Erinsakura
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.