Kefasihan seorang pemuda dari United Kingdom (UK) bercakap dalam l0ghat Kelantan amat menghiburkan pengguna media sosial setelah video yang dimuat naik olehnya di akaun YouTube ‘Aiman Kecek Kelate tular sejak beberapa hari yang lalu.
Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Aiman Nasir atau Aiman Wynne merupakan kacvkan Melayu English dan dipercayai ayahnya berasal dari Kelantan manakala ibunya dari UK. Aiman juga dipercayai menetap selama empat tahun di Malaysia sehingga bekerja sebagai budak pantai (beach boy) di Pulau Perhentian.
View this post on Instagram
“Saya kerja di kedai makan ini dah lama. Saya mula kerja di restoran ini ketika umur saya 14 tahun,” katanya menerusi video berdurasi 17 minit 16 saat itu yang memaparkan dia berjalan kaki menuju ke tempat kerjanya iaitu sebuah kedai makan di UK.
Rata-rata pengguna di laman YouTube kagum dengan kefasihannya bercakap dalam l0ghat Kelantan walaupun kini sudah berada di UK bagi menziar4hi ibunya dan menyokongnya untuk terus membuat video.
Menurut Razzrio Mix Channel, dia berasa bangga melihat orang luar negara fasih bercakap dalam loghat Kelantan.
“Saya rasa teruja ada orang luar negara pandai cakap loghat Kelantan. Terbaik boh, teruskan buat video,” puji pengguna itu.
Berikut di bawah adalah contoh yang dimuat naik di ig story:
Seorang pengguna bernama Zam Salis berkata, secara tidak langsung, perkara sebegini dapat mempromosi budaya Malaysia di luar negara.
“Terbaiklah Aiman. Fasih cakap dalam loghat Kelantan. Ini lah duta Malaysia yang secara tidak langsung mempromosikan negeri Kelantan dan Malaysia,” jelasnya di ruangan komen. – K! ONLINE.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose
Sumber:kosmo via aimannasir01