Menerusi halaman terbaru Iqbal, beliau ada berkongsi senarai komposer komposer yang ingin bekerjasam dengan nya. Antara dalam senarai komposer yang diminatinya ialah Floor 88, Dato M Nasir, Haqiem Rusli, Ippo Hafiz dan juga Caprice.
Namun, Iqbal menjelaskan yang dia lebih tertarik dengan Floor 88 untuk menerbitkan lagu untuknya. Tambah Iqbal dalam ‘story’ nya, Floor 88 mengatakan yang kos menghasilkan lagu tidak lah semahal RM500K.
Apa yang menarik perhatian ramai apabila Iqbal mendedahkan Caprice yang meminta nya menari tarian tradisional dalam ‘Starbucks’ didepan khalayak ramai. Iqbal mnyifatkan Caprice ‘berlagak’ selepas permintaan yang diminta Caprice sendiri tidak masuk akal. Ayat terakhir nya juga:
“Takkan la nak masukkan pasir 10 lori dalam studio..”
Terdahulu, Iqbal menolak tawaran daripada Caprice untuk mencipta lagu buat nya setelah beliau memuatnaik tawaran pada mana mana komposer yang boleh menghasilkan lagu buat nya.
“Selepas saya tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan… ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.
“Tadi saya baru mesej dengan Caprice, dia pun nak buatkan lagu tapi lepas berbincang macam tak sesuai pula sebab dia nak buat lagu macam hiphop atau dangdut… sedangkan saya mahu lagu jiwang tangkap leleh fasal putus cinta.
“Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening, nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal yang nak dikeluarkan,” katanya.
“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati semua rakyat Malaysia… mungkin dengan lagu itu orang akan faham perasaan yang saya sedang lalui sekarang ini.
“Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ini.
“Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sumber: Instagram Iqbal