“Masalah Farel Mulut Dia Pedas Bila Marah…” -Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Raih Perhatian Ramai

Kerana Aku Isteri Bidaan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Ayie Mustafa & Rahim Zali, dibintangi oleh Hisyam Hamid, Scha Elinnea, Wanns Ahmad dan ramai lagi. Kisah Raina yang telah menfitnahkan Farel demi kepentingannya tanpa menyedari ia memerangkap diri sendiri sehingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya. Raina salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor yang menjualnya untuk dijadikan GRO.

Farel dibesarkan oleh ibu angkatnya, Juwita dan mempunyai adik angkat, Miara. Miara telah menfitnah Farel menodainya, sehingga Farel dihalau oleh ibu angkatnya. Farel kembali ke pangkuan bapa kandungnya yang tidak lama kemudian meninggal dunia dan telah mewariskan kepadanya segala harta dan kemewahan. Farel bertemu semula dengan Raina di kelab hiburan. Farel mahu membebaskan Raina dari kancah maksiat walaupun pada mulanya Farel hanya ingin melunaskan dendamnya kepada Raina. Namun kemudian Rainaditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.

Pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar, untuk menebuskan silapnya dan ingin membaik pulih rumah tangganya. Dalam video klip ini menunjukkan di mana Raina telah mendapat sejambak bunga dari suaminya, Farel. Namun, dalam diam Farel menjenguknya dari jauh tanpa pengetahuan Raina untuk lihat reaksinya.

Lihat klip durasi pendek drama Kerana Aku Isteri Bidaan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Heiryy Namikaze:aq dah agak dah kompem farel jatuh hati punya

@Nadiah Nad:farel xya nak senyum lama2 ea.kena kang

@W a w a :alahaii sweet nye ..adoi aku pulakk rase tak sabar nk tengok episod seterusnye

@Riez:mslah farel mulut dia pedas bila mrah..

@Amiey Amieymah:err buat org xsabar nk tengok

@n@n@sAf!Na:farel mmg da lame jtuh cinta dgn bini die,kalau tak knp die susah pyah slmtkn bini die kn tp ego lelaki kn

Netizen turut memberi komen tentang drama ini, mengatakan Farel mulai jatuh cinta dengan isterinya. Drama ini juga telah mendapat sambutan hangta dari penonton. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 84.8K penonton, 3757 sukaan dan 26 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*