“Masa Dia Marah Tulah, Lagi Seronok Menyakat…” -Ramai Terhibur Dgn Gelagat Reen Rahim, Usik Mak Hingga Melatah

Noreen Ashikin Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Reen Rahim merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang mempunyai diploma di dalam bidang dandanan rambut, telah mencuba bakat dalam bidang lakonan dengan menyertai pentas Pilih Kasih di musim yang ketiga dan menjuarai program tersebut. Beliau terkenal menerusi drama yang telah ditular baru-baru ini, memegang watak sebagai Fatin Husna di dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah disiarkan di akaun Tiktok Reen Rahim sendiri. Dalam video klip ini menunjukkan di mana beliau mengusik ibunya yang melatah di dalam kenderaan. Reaksi Reen Rahim yang sering mengusik ibunya dengan secara spontan, telah membuatkan orang ramai terhibur melihat anak-beranak ini.

Lihat klip durasi pendek reaksi Reen Rahim:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Baem Atiqah:”hujan panasss…” mak mak sangat kan .. lagi best “hujan panas nanti demam”

@(bellon)fr))):kacau jer mak nak.dating ngan bapak tu

@aisaa:sporting jee mak die.. klau aku bergurau tahu2 kne anak derhaka je

@ShahF’ZaN:jenis mak² marah meleret bunyi nye. panasssssssssss

@HAKAKSUKEMAKEUP:bau mak mmg sedap..aku nye bekepit dulu smpai arwah mak gimas

@cik_teha08:mcm aq dgn mak aq klau geram sgt dgn mak aq aq gigit smua sbb geram kan

@eima rosli:bestnya seronoknya dua beranak.ni rapat macam adik beradik..

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur melihat gelagat Reen Rahim mengusik ibunya hingga melatah. Reen Rahim juga mendapat pujian ramai, dengan reaksi beliau yang rapat bersama ibunya. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 487.3K penonton, 24.6K sukaan dan 227 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*