Connect with us

Viral

“Mesej Berunsur Lvcah..” – Marsila Hassan cerita mengenai statusnya, ada betul juga ayat dia

Published

on

Si cantik manis bernama Marsila Hassan ini sering menjadi tumpuan setiap kali tampil membaca berita atau mengacarakan program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3.

Bagaimanapun, statusnya menjadi teka-teki ramai sehingga berita perceraiannya dengan penerbit drama dari Radius One, Fazli Baharom pada 23 Mei lalu tular dalam kalangan peminat.

Marsila, 32, mengakui tidak pernah merahsiakan statusnya, namun keputusan mengunci mulut berkenaan rumah tangganya membuatkan peminat tertanya-tanya.

“Perkahwinan kami pada 2016 berlangsung seperti biasa termasuk majlis resepsi. Satu kampung hadir meraikannya. Bagaimanapun, kami berdua tak aktif bercerita berkenaan kehidupan rumah tangga di media sosial masing-masing seperti pasangan lain. Ketika itu saya baharu habis belajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bekerja di Bernama TV.

“Sekitar dua, tiga bulan kenal abang Fazli, kami kemudian bertunang dan setahun selepas itu berkahwin pada 2016. Mungkin kami jenis yang tak suka menunjuk mengenai kisah rumah tangga,” katanya.

Marsila tidak menafikan sering menerima mesej daripada lelaki yang ingin mendekatinya di media sosial. Malah, ia semakin menjadi-jadi sebaik mengetahui statusnya sekarang.

“Terlalu ramai yang nak berkenalan. Mereka selalu hantar mesej di Instagram dan Facebook. Malah, sekarang mereka semakin galak berbuat demikian.

Marlisa menegaskan tidak melayan mesej berunsur lucah dan bertindak menyekat pengikutnya di media sosial.

“Selama ini ramai yang tak pasti status saya. Mesej lucah jangan cakaplah. Macam-macam kategori lelaki yang saya jumpa, tapi saya bukan jenis yang suka melayan. Yang hantar gambar terlampau dan cakap lucah terus saya sekat.

“Namun, saya sebenarnya okey sahaja untuk berkawan dan berkahwin lagi kerana saya percaya dengan jodoh. Kalau ada, adalah,” katanya.

Wanita yang berasal dari Kota Tinggi, Johor ini turut mengakui ramai yang ingin mencuba nasib mengisi kekosongan hatinya.

“Saya bukan memilih, namun untuk kali ini saya tak nak orang yang berada dalam industri hiburan. Cukup dengan pengalaman dari perkahwinan pertama.

“Jadual kerja saya memang agak sibuk dan saya nak cari orang yang memahami kerjaya saya yang tak menentu ini. Rumah tangga kami bertahan enam tahun dan kami masih kekal berkawan. Malah, saya anggap bekas suami seperti abang,” katanya.

Dia bagaimanapun menolak untuk kembali rujuk dengan bekas suaminya.

“Takkan saya nak cuba lagi sekali kemudian masalah sama berulang. Kemudian nak ulangi perceraian buat kali kedua dengan orang sama.

“Sekarang adalah ruang untuk masing-masing dapat yang lebih baik. Kami dah cuba nak selamatkan rumah tangga, tapi tak jumpa jalannya. Kami pun setuju untuk bercerai cara baik.

“Saya akui ada terbaca komen warganet yang kata saya nak cari ‘datuk’ atau kerabat diraja. Secara jujurnya saya tak fikir ke tahap itu asalkan kehidupan lelaki itu stabil dan ada pendapatan yang baik,” katanya.

Mengulas perasaannya apabila bergelar janda, Marsila berkata, dia tidak terlalu mengambil cakap-cakap orang.

“Memang mulanya rasa takut. Tambah lagi apabila kenangkan pemikiran orang terhadap status ini. Akhirnya saya berfikir tak kisah dengan gelaran asalkan saya pandai jaga diri. Cuma apabila kali pertama jadi dalam hidup, ia buat saya terkejut dan hilang semangat. Tapi, ia sekejap saja kerana saya kembali kumpul kekuatan dan anggap ini bukan pengakhiran hidup,” katanya.

Teringin kembangkan bakat

Marsila menyertai TV3 pada 2016 dan mulanya ditugaskan membaca segmen sukan selama dua tahun.

“Pada 2018 baru saya baca berita dan tahun lalu turut ditawarkan jadi hos MHI. Saya sukakan kerja sekarang kerana dari usia 13 tahun dah berangan nak jadi pembaca berita TV3.

“Saya suka tengok Yasir Mansor membaca berita. Begitu juga Norliza Mohd Zain yang sangat profesional dan konsisten ketika membaca berita.

“Dulu saya suka sangat tengok personaliti TV3 seperti Datin Seri Normala Samsudin dan Azizah Ariffin. Mereka ada aura yang buat kita melekat depan TV. Susah nak ada aura begitu,” katanya.

Mengulas perancangan masa depan, anak kelima daripada tujuh adik-beradik ini berhasrat untuk menulis skrip dan bergelar penyampai radio.

“Saya bekerja secara kontrak dan ada banyak masa terluang. Dua tahun dulu saya pernah buat skrip untuk drama Monalisa terbitan Radius One. Saya pernah cakap dengan abang Fazli yang saya nak belajar tulis skrip dengan abang Ijat (Shahrulezad Mohameddin, pengarah dan rakan kongsi Radius One) sebab sukakan karya dia.

“Selain situ, saya juga minat nak jadi pengacara radio. ketika belajar, saya pernah jadi penyampai radio UFM. Cuma lepas habis belajar rezeki lebih kepada pengacaraan,” katanya.

Dia juga pernah tampil sebagai pelakon tambahan untuk drama Bila Hati Telah Hitam dan Nur, tetapi merasakan tiada keserasian kerana tidak mempunyai kesabaran untuk menunggu di lokasi penggambaran.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara