“Manusia Jenis Apa Aku Ni, Tergamak Buang Anak Sendiri…” -Babak Lakonan Yg Ditunggu-Tunggu, Drama Jangan Menangis Cinta Raih Perhatian Ramai

Jangan Menangis Cinta sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2022 arahan Raja Mukhriz. Dibintangi oleh Amyra Rosli, Remy Ishak, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana, seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya. Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Allah tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran, tetapi dia tidak bahagia. Riyana bukan sahaja makan hati dengan sikap suaminya, tetapi juga dengan mak mentua yang begitu membencinya. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya, Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia cuma seketika, dugaan datang melanda. Cinta Aryana adalah pengikat kasih mereka, walaupun lahir tidak sempurna. Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima, Cinta dihina, dicemuh, dibenci oleh bapa kandungnya sendiri sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik. Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya sebegitu. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa sahaja.

Dalam video klip ini menunjukkan babak lakonan dari Remy Ishak memegang watak sebagai Zafran, dan Amyra Rosli melakonkan watak sebagai Riyana. Babak lakonan yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai, disaat Zafran sudah merasai kesal dengan dirinya kerana melakukan perkara yang boleh mengguris hati isterinya sekian 5 tahun dahulu. Reaksi Riyana dan bapa kandungnya juga menunjukkan dengan rasa kecewa apabila Zafran mula muncul semula di dalam hidup mereka, membawa rasa kesal dan ingin kembali bersama Riyana.

Lihat klip durasi pendek drama Jangan Menangis Cinta:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Kyna Idris:5 tahun baru nk jmpa ank. bg pluang dkt dgn anak boleh sbb pape pun itu ayah, tp klu nk rujuk balik tu susah .

@sueza84:buat la ending lain skit.. jgn terima dah si zaf tu.. peliss akhirnya bersama zul

@Atin Ain:suh zaf tunggu 10 taon lg la. ckp, “hati mne boleh paksa” kan dy duk guna ayat tu je bile xley terima takdir

@Yoojinna93:5 tahun kot orang dah nak bahagia dgn yg lain dh please la jgn ganggu benci nya aku

@Kageyamete:5 tahun eh kalau aku memng tk nak kembali balik , tpi nak wat camne skrip bukan aku tulis

@Mey:Yessss ini yang dinantikan, tak sabaq nya nak tunggu isnin

Netizen turut memberi komen tentang drama ini, mengatakan tidak sabar untuk menunggu siaran episod akan datang dengan penuh komplikasi dan emosi. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 887.7K penonton, 67.4K sukaan dan 542 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*