Buat diri kita yang dilahirkan serba sempurna anggota badan, bersyukurlah kita. Cuba bayangkan salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita ini ditarik kembali. Biarlah bukan selamanya sekalipun hanya seketika, bagaimana agaknya perasaan dan keadaan kita?

Kebanyakan daripada kita hanya tahu erti bersyukur tatkala diri telah kehilangan nikmat tersebut. Jadi, akan ada banyak cara yang Allah S.W.T akan tunjukkan kepada kita supaya hadirnya rasa bersyukur itu dalam diri kita.

Seperti sebuah perkongsian yang dibuat menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok @asianordin dimana dia berkongsi video seorang pakcik buta yang benar-benar menyentuh emosi.

BUTA, NAMUN GIGIH UNTUK BERJEMAAH DI MASJID

Rakaman video telah diambil Asia dari jauh yang menunjukkan keadaan pakcik buta tersebut yang menanti di tepi jalan. Dia yang berada di kawasan Setiawangsa untuk dua hari sahaja tidak mampu untuk menolong pakcik ini setiap masa.

Jadi, perkongsian dia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyebarkan kepada orang awam yang berada berdekatan supaya bermurah hati membantu pakcik ini andainya berkesempatan.

mana orang ni kadang sampai 1 jam dia tunggu pak cik buta berdiri pegang nota minta hantarkan ke masjid tindakan lelaki ni buat ramai sebak 60b44ab633fa8

ADA MASA MENUNGGU SEHINGGA BERJAM

Ada juga yang berkongsi cerita dengan Asia dimana pakcik ini kerap berada disini menanti insan yang baik hati yang sudi untuk membawanya untuk menunaikan solat berjemaah setiap kali masuk waktu solat.

Namun, ada ketikanya nasib tidak menyebelahi pakcik ini sehingga terpaksa menanti untuk satu tempoh yang lama. Mungkin ada yang risau andai ada modus operandi tertentu yang boleh mengancam nyawa.

mana orang ni kadang sampai 1 jam dia tunggu pak cik buta berdiri pegang nota minta hantarkan ke masjid tindakan lelaki ni buat ramai sebak 60b44ab719ff2

mana orang ni kadang sampai 1 jam dia tunggu pak cik buta berdiri pegang nota minta hantarkan ke masjid tindakan lelaki ni buat ramai sebak 60b44ab835ad3

Mungkin benar hanya insan yang dipilih oleh Allah S.W.T sahaja yang akan digerakkan hati untuk berhenti dan menyantuni pakcik ini dengan membawanya ke destinasi yang diingini.

ADA HAMBA ALLAH DATANG MENOLONG

Sewaktu dia merakam video tersebut, ada seorang lelaki dengan sebuah kereta berwarna putih yang telah berhenti dan menumpangkan pakcik ini. Semoga murah rezeki diatasi keikhlasan hati beliau itu.

VIDEO :

KEINSAFAN BUAT DIRI

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian ini sebenarnya seperti mengetuk diri kita untuk sedar dimana letaknya Allah didalam hati walaupun telah diberi nikmat anggota dan pancaindera yang sempurna.

mana orang ni kadang sampai 1 jam dia tunggu pak cik buta berdiri pegang nota minta hantarkan ke masjid tindakan lelaki ni buat ramai sebak 60b44ab90fddf

Ada juga yang mengatakan bahawa walaupun buta mata kasar namun tidak mata hati kerana pakcik ini lebih nampak pahala yang ada dalam solat berjemaah berbanding kita yang celik ini.

mana orang ni kadang sampai 1 jam dia tunggu pak cik buta berdiri pegang nota minta hantarkan ke masjid tindakan lelaki ni buat ramai sebak 60b44ab94fbb0

RAMAI YANG SUDI UNTUK MEMBANTU

Ramai juga sebenarnya yang sudi untuk menghulurkan bantuan berdasarkan kepada soalan yang ditanya mereka dimana kebiasannya keberadaan pakcik ini. Jika tahu lokasi, mudah untuk mereka datang membantu.

mana orang ni kadang sampai 1 jam dia tunggu pak cik buta berdiri pegang nota minta hantarkan ke masjid tindakan lelaki ni buat ramai sebak 60b44ab98cbc3

Tidak kurang juga yang mendoakan supaya urusan pakcik ini sentiasa dipermudahkan dan urusan mereka yang membantu pakcik ini juga dipermudahkan.

SUMBER : Akses Info, TIKTOK ASIANORDIN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://sinetronmalaya.com/

Previous article“Mommeh,Can I Have This Bun..”Gelagat Alisa Raih Perhatian
Next article[VIDEO] “Dia Buat-Buat Tidur,” Gelagat Pes4kit C0vid-19 Yang Dah Sihat Tak Nak Balik Buat Ramai Terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here