Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal dan geram terhadap segelintir penghantar makanan yang melakukan tugas sambil lewa.

Berdepan sendiri pengalaman terbabit, dedah Rita dia terkilan apabila makanan yang dipesannya hanya dihantar dengan cara meletakkan di tempat panas dan terdedah.

Lebih mengecewakan, makanan yang dipesannya itu diletakkan berhampiran dengan tempat pembuangan sampah.

“Benda makan… rezeki… letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh.

“Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri.

“Makanan diletakkan atas tempat buang sampah pula tu,” tulis Rita menerusi hantaran di Instagram Stories pada Ahad.

WhatsApp Image 2021 10 04 at 08.02.02

Pun begitu, tegas Rita, dia tidak memukul rata menuduh semua penghantar makanan punyai sikap sedemikian.

“Saya bukan cakap semua.. Ada sesetengah hormat dengan makanan, pergi letak depan pintu atau tempat tertutup dan siap lapik lagi,” tambahnya.

Sekali lagi nama digugurkan, Rita Rudaini dakwa didiskriminasi

432

“Sekali lagi, saya digugurkan dari job yang sudah lama pasti. Hanya kerana ‘SOP MKN’, SOP diskriminasi. Kenapa perlu ada ujian calitan lagi nak bekerja jika dah vaks1n?

“Sama sahaja dengan SOP sebelum sampainya vaksin ini, semua patuh SOP perlu membuat ujian calitan dahulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang vaks1n pun boleh jadi pembawa. Apa bezanya?

“Okey, bezanya memang nak ‘paksa’ walaupun kata ‘tidak wajib. Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi. Yang dalam kesusahan sampai kena naik bendera putih, tak nak pergi cari. Belum vaks1n ini pula kerah usaha pergi cari rumah ke rumah,” luahnya di Instastory.

“Ada pihak menawarkan kepada saya vaksin tipu-tipu untuk senang bekerja. Tetapi maaflah, saya mencari rezeki dengan ikhlas. Saya tidak perlu nak tipu diri sendiri dan juga orang lain hanya untuk memuaskan SOP kerajaan.

“Kerana rezeki kita semua di muka bumi ini, Allah yang pegang. Bagi saya, ini satu ujian Dia kepada saya. Dia ingin melihat saya sabar atau kecundang dengan ujianNya.

“Rezeki kita semua sudah tertulis dan saya percaya dengan aturanNya, Dia gugurkan sehelai daun pun ada sebab. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua,” tulisnya panjang.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Previous article“Pakai otak la guys!..” Afdlin Shauki Beng4ng Dgn Penerbit Meletakkan Syarat 1 Juta followers?
Next article“Aktifnya Wawa..”- Netizen Risau Wawa Zainal Men4ri Semasa Meng4ndung Lapan Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here