Butterworth: Menganjurkan majlis perkahwinan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) membawa padah buat sebuah keluarga apabila dikompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kesalahan itu dikesan ketika pasukan polis menjalankan operasi pemantauan SOP, di sini, semalam apabila mendapati sebuah rumah dipercayai mengadakan aktiviti sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam kediaman itu.

“Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini.

“Justeru, penganjur majlis (tuan rumah) dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Difahamkan, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki penganjur bagaimanapun ia tidak bersesuaian diadakan dalam keadaan semasa negara berdepan penularan wabak Covid-19..

Noorzainy berkata, pihaknya rasa terkilan kerana terdapat individu yang masih gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan.

“Sikap (individu) sebegini hanya mementingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.

“Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar,” katanya.

Katanya, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan, semalam.

Jom Lihat apa kata netizen:

“Mesti depa x sangka..rase semua ahli keluarga .tak po.ahli keluarga je…leh utk snap gambar kenangan2.last kono..satu malaysia tahu cerito depa..sian2..yg job cameraman pun sian.x balik modal.apo2 selamat pengantin baru ye..”

“Inilah masalah org Malaysia memang degil dn suka melanggar arahan PKP, takkn tak tahu apa2 majlis tak boleh buat semasa PKP dilaksanakan, bila kena denda atau saman marah tapi sapa yg buat salah..bila ada kluster baru kn menyusahkn org lain jgk.”

“Padu ayat dia sikap(individu) sebegini hanya mementingkan diri tampa menghiraukan situasi terkini…. Yg punca dari pilihan raya yg dekat sana tu apa cerita!? Tembolok sendiri ke!”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Previous article“Kenapa Kau Diam..” – Zahiril Adzim Sahut Cabaran jadi pembaca berita
Next articleAyda Jebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here