Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab buat orang ramai menjaga hubungan yang baik bersama jiran tetangga. Kehidupan berjiran sekaligus mengajar orang ramai untuk meraikan perbezaan sekaligus h0rmat menghormati antara satu sama lain.

Menerusi tweet daripada salah seorang pengguna Twitter iaitu @EndangHyder, beliau baru-baru ini memaklumkan telah menerima hadiah sebuah iPhone 12 Pro Max, pengecas bersama case daripada jiran beliau yang baik hati.

Perkongsian beliau nyata membuatkan para netizen teruja mengetahui terdapat jiran yang sanggup berbelanja besar dalam menghadiahkan jiran tetangga telefon pintar berharga premium ini.

Kisah Endang bersama keluarga kejiranan


Menerusi perkongsian Endang bersama The Vocket, beliau memaklumkan keluarga berjiran dengan sebuah keluarga berbangsa Cina ini sejak dari tahun 1997 lagi.

Keluarga ini sangat baik dalam menjaga beliau sejak beliau kecil lagi khususnya sewaktu ibu dan bapa beliau tiada di rumah di mana keluarga kejiranan akan membuka pintu rumah untuk mudah mem4ntau beliau. Selain itu, beliau kerap dihadiahkan oleh jiran tetangga makanan dan minuman.

Menariknya, keluarga ini sangat memetingkan isu Halal di mana turut diberikan resit bagi memudahkan keluarga Endang ketahui dari mana mereka mendapatkannya. Berikut antara perkongsian Endang seleksi makanan, minuman dan barangan yang diterima daripada jiran beliau.

2WNtLau8 1050x788 1

Sumber: Twitter @endanghyder

8xknWrB9 1050x1400 1

Sumber: Twitter @endanghyder

orDRlExQ 1050x1400 1

Sumber: Twitter @endanghyder

Biola menguatkan lagi hubungan Endang bersama jiran

Untuk pengetahuan, Endang merupakan pemain biola profesional. Beliau juga turut mempunyai channel di YouTube yang mengumpul lebih 102 ribu subscribers memainkan pelbagai lagu menggunakan biola
Hobi beliau bermain biola nampaknya turut disukai jiran beliau yang kini sedang terlantar sakit dan 10 tahun tidak keluar dari rumah. Dimaklumkan suami kepada jiran beliau ketika ini yang menjaganya.


Siapa sangka keasyikan beliau bermain biola berjaya menggembirakan hati jirannya yang kurang sihat sekaligus beliau diminta untuk memainkan lagu-lagu Cina buat jirannya sekitar jam 9 ke 10 malam dari biliknya.

Menurut Endang, beliau bukan sahaja dianugerahkan jiran yang baik, malah seluruh masyarakat sekitar Kampar dan Malim Nawar sangat prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. Bagi menjaga privasi keluarga jiran, Endang lebih selesa sekiranya wajah dan lokasi rumah jiran tidak did3dahkan kepada umum.

Contoh kehidupan majmuk yang ditunjukkan Endang bersama jirannya ini diharap dapat dijadikan contoh buat orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang hidup dalam berbil4ng bangsa.

Sumber:thevocket

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Previous articleMiliki 40 Tahun Pengalaman, Sentuhan Tukang Rumah ‘Gar4ng’ Buatkan Anak Bongsu Kesayangan Tak Sabar Nak OOTD Depan Rumah
Next article[VIDEO] Telatah Yusuf Melayan Alisa Jadi Jurugambar, “Abang Pun Posing S3ksa”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here