Connect with us

Artis

“Main Gunting Pipi Pulak…” – Peminat ‘Frust’ Zul Ariffin Muatnaik Detik Indah Dgn ‘Sayang’ Baru Nya

Published

on

Memiliki badan tegap serta berwajah kacak sememangnya pakej yang cukup lengkap untuk membuatkan ramai wanita tergila-gilakan pelakon terkenal, Zul Ariffin.

Tidak lokek berkongsi ilmu, pelakon popular, Zul Ariffin, 35, menyatakan kesediaannya untuk memberi tunjuk ajar kepada mana-mana pelakon baharu yang digandingkan bersamanya sama ada dalam filem mahupun drama.

Shooting with sayang today

Namun, video Zul Ariffin bersama seorang wanita ini mungkin bakal membuatkan ramai peminat ‘kecewa’. Mana tidaknya, siap bersayang-sayang! Di dalam video tersebut jelas kelihatan mereka berdua sangat rapat dan mesra termasuklah dengan cara gadis berkenaan menggelarkan pelakon itu dengan panggilan ‘sayang’.

Namun tidak dapat dipastikan apa hubungan sebenar mereka berdua. Walaupun akaun TikTok yang memuatnaik video tersebut menggunakan nama Zul Ariffin, namun disyaki ianya bukan milik aktor itu. Video yang dimuatnaik di akaun TikTok tersebut merupakan video asal daripada wanita yang dikenali sebagai Sharleen di IG miliknya.

Video yang berdurasi selama 26 saat itu meraih lebih 489 ribu tontonan dan mendapat lebih 25 ribu tanda suka di TikTok. Mungkin berlakon je kot?

Video penuh:

Ramai broken lepas ni

Sebelum ini, Zul Ariffin juga ada menegaskan yang beliau tidak lokek dalam memberi ilmu pada pelakon pelakon baru.
Bagaimanapun, menurut Zul, ‘syarat’ utama yang ditetapkan olehnya adalah pelakon tersebut perlu sanggup untuk membuang ego dalam diri selain meletakkan dedikasi yang tinggi untuk belajar dan memperbaiki mutu lakonan.

“Penonton dan peminat meletakkan harapan besar untuk melihat lakonan dan gandingan yang berkesan apabila melihat seseorang pelakon yang diminati tampil di kaca televisyen. Saya terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa pun sama ada dia pelakon baharu atau lama.

“Malah saya juga tidak kisah untuk membantu, mengajar pelakon baharu asalkan mereka mahu belajar, letakkan dedikasi dan buang ego mereka ke tepi.

“Penonton percayakan lakonan saya dan bila saya keluar di kaca televisyen, mereka meletakkan harapan untuk melihat keberkesanan lakonan dan dengan siapa saya bergandingan,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: OB

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara