Connect with us

Uncategorized

“Maafkan Saya, Saya Memang Suka Menjaja. Alhamdulillah Kami Cukup Makan Minum”-Mak Teh

Published

on

Pasir Puteh: “Dia pergi menjaja sebab bosan, kami pun dapat bantuan setiap bulan,” kata Abdullah Jusoh, 66, suami kepada warga emas yang tular menjaja asam keping di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Abdullah berkata, mereka menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang mencukupi untuk kegunaan harian.

Katanya, isterinya Che Munah Che Man, 82, suka menjaja asam keping di pasar tani dan pasar minggu selain ke pasar besar Kota Bharu yang menjadi rutinnya sejak berusia 16 tahun.

“Saya larang pun, dia tetap pergi juga. Dia akan minta bantuan penduduk untuk menghantarnya ke pekan Selinsing, dan kemudian menaiki teksi untuk ke Kota Bharu.

“Dia keluar menjaja setiap hari kecuali Rabu dan akan pulang ke rumah pada 12 tengah hari,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Banggol Pak Esah, di sini, hari ini.

Katanya, disebabkan tidak mempunyai telefon bimbit, mereka tidak tahu kisah Che Munah tular dan hanya mengetahuinya selepas dikunjungi beberapa pihak sejak pagi tadi.

“Sebelum ini kisah isteri pernah tular, malah kami dapat banyak bantuan termasuk menerusi akaun bank isteri. Sejak Oktober lalu, kami buat keputusan tak guna kad bank sebaliknya isteri buat buku simpanan dan ambil duit dengan menggunakan cap jari.

“Saya juga nak terangkan kepada pihak yang prihatin dengan kami, kalau simpati, cukuplah datang jumpa kami sendiri untuk tanya khabar,” katanya.

Abdullah berkata, isterinya menjaja kerana hobi, namun mengakui mungkin keadaan mata isterinya yang separuh buta dan pakaian tidak terurus menyebabkan dia disalah anggap oleh segelintir pihak yang bersimpati.

“Saya tak salahkan mana-mana pihak, memang kalau menjaja pun, hasilnya tidak seberapa, tetapi ramai yang beli sebab simpati atau bagi derma.

“Kami hanya tinggal berdua dan saya pasti Che Munah keluar menjaja sebab nak hilangkan rasa sunyi, malah kami turut memelihara lapan ekor kucing sebagai peneman,” katanya.

Abdullah juga menafikan mereka tidak cukup makan, malah isterinya sering membeli makanan di kedai makan atau dia yang akan memasak kerana Che Munah tidak berbuat demikian disebabkan faktor usia.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh, Wan Nor Hayati Wan Husain ketika dihubungi mengesahkan warga emas itu menerima Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM350 sebulan sejak 2014.

“Selepas kerajaan mengumumkan kenaikan bantuan pada Januari tahun ini, Che Munah mendapat bantuan RM500 sebulan, selain menerima bantuan bakul makanan daripada JKM,” katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi Tiktok kisah Che Munah yang menjaja asam keping bagi menyara hidup sejak semalam dan turut dikongsi di laman sosial Facebook.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara