Connect with us

Entertainment

Letops! Hubungan Chacha Maembong Dgn Seorang Datuk Jadi Buah Mulut

Published

on

Kuala Lumpur: Pelakon Chacha Maembong menafikan dirinya sedang menjalin hubungan istimewa dengan usahawan dikenali Datuk Z.

Bagaimanapun, Chacha berkata lelaki berusia awal 30-an itu sekadar rakan niaga yang banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya mengenai selok-belok perniagaan.

Katanya lagi, Datuk Z turut membantu dirinya menghasilkan produk pertama di bawah keluaran syarikatnya, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong.

“Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya perlukan bantuan daripada individu yang betul dan berpengalaman, selain adik-beradik.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Datuk Z kerana dia berminat untuk membantu saya memulakan perniagaan. Ketika saya kongsikan minat ke arah perniagaan, dia cuba realisasikan dan kami mula berbincang serta mencari idea.

“Datuk Z menguruskan segala hal berkaitan pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran, manakala saya akan terbabit untuk proses pemasaran,” katanya.

Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani Chacha sepanjang majlis selain mereka mengenakan persalinan dalam rona sedondon.

View this post on Instagram

#livelifetothefullest #ccm

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

Menurut Chacha, Datuk Z antara individu yang berjaya mengubah dirinya untuk menjadi lebih matang supaya dapat membantu keluarga.

“Dia individu yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu.

“Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.

“Saya berharap kerjasama ini berlangsung dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.

“Jadi lebih baik untuk kami saling mengenali secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z selain ahli keluarga turut mengenalinya ,” katanya..

Ditanya mengenai kisah cintanya pula, pelakon filem Garang ini tidak mahu mengulas lanjut.

“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.

“Saya ingin fokus dan berjaya dalam hidup. Saya mahu jadi lebih matang dan positif supaya dapat bantu keluarga.

“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya dah tidak boleh main-main lagi,” katanya.

Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan sesi menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, semalam.

Sumber : HM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara