Connect with us

Entertainment

“Letak, Gerak” – Netizen Terk3jut Altimet & Pasukan Hantar Barang B4ntuan Dalam Diam

Published

on

Penyanyi dan komposer Altimet ketika ini bersama pasukannya sedang aktif memberi bantuan buat rakyat yang terj3jas dari segi bekalan makanan menerusi kempen Bendera Putih yang kini rancak dijalankan.

Altimet Aktif Beri Bantuan

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, difahamkan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad,40 dan pasukannya mula memberi bantuan sejak awal Julai dan meliputi beberapa kawasan berhampirannya. Menjengah salah satu ciapan yang dikongsi Altimet, seorang netizen yang menerima bantuan tersebut meluahkan rasa terharu dan terk3jut apabila menerima bantuan daripada mereka secara meng3jut di hadapan pintu rumah.

Enggan Cari Publisiti

Via Twitter Altimet

Jelas Altimet,pasukannya enggan mengambil gambar dan hanya sekadar ingin datang memberi bantuan kepada yang memerlukan.

“Kami tak banyak ‘cekadak’, Kak. Tak ada ambil-ambil gambar ini semua. Letak, gerak” ciap Altimet

Dalam pada itu, Altimet turut menasihati pengikutnya mengenai keperluan mengambil bantuan Moratarium yang dibuka bermula hari ini. Nasihat pelantun Bunga ini, orang ramai perlu memikirkan syarat dan kesan selepas mengambil moratarium tersebut. Namun, dalam masa yang sama Altimet berkata sekiranya perlu, bantuan tersebut perlu digunakan biarpun tahu akan kesannya di kemudian hari.

“Banyak benda kita boleh belajar dari isu moratorium ini. Utama sekali pendirian kita sendiri tentang sistem pinjaman wang, dan lain-lain. Kadang-kadang kita tak suka tapi tak mampu untuk tak gunakan sistem ini. Tepuk dada tanya selera, guys” tulisnya

Via Twitter Altimet

Menjengah ke ciapan lain, rata-rata pengikut Altimet memuji gerakan bantuan yang dibuat oleh penyanyi ini dan pasukannya yang dilihat enggan mencari publisiti sebaliknya semakin aktif memberi bantuan kepada orang ramai.

Sumber:murai.my

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara