“Lapan Tahun Kita Beraya Bersama…” -Nabil Ahmad Sebak, Diberitahu Masuk Atas Pentas Dengan Neelofa

Nabil Ahmad dilahirkan pada 26 September tahun 1983, berasal dari Mambau, Negeri Sembilan. Beliau seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, dan penyanyi Malaysia. Terkenal sejak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak.

Beliau mengacarakan rancangan Meletop sejak 2012 dan Gegar Vaganza sejak 2014, serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri televisyen tempatan. Nabil juga boleh dikatakan sebagai pelawak berdiri yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang bernama Nabil Production dan kemudian menubuhkan KMN Production.

Meletop sebuah rancangan hiburan Malaysia yang disiarkan di Astro Ria, Nabil mengacarakan rancangan itu dan diberitahu untuk menaiki pentas bersama selebriti terkenal, juga bekas pengacara Meletop iaitu Neelofa. Reaksi Nabil sebak apabila mendengar yang beliau akan menaiki pentas bersama bekas rakan sekerjanya, setelah sekian lama tidak bertemu.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Itsbeachy:nabil nk nangis tu tp tahan je sebak die tu

@the9:rasa rindu tgk lofa kat meletop. 8 thn kot. knl dia pun sbb meletop

@cikkuya:the best part dlm 8 tahun dua2 berubah ke arah kebaikan

@𝑨 𝑬 𝑹 𝑨 𝒔𝒉𝒊:Sumpah rindu dorang berduaa

@Baby Halzel2:wish neelofa jadi pengacara meletop back

@hannauni:lepas Lofa keluar Meletop mmg dah xlayan Meletop..aura Lofa mmg Boom kat meletup

@alynafifa:vibes Meletop mmg lain kalau dua org ni host..please bring Lofa back..

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen mengatakan akan merindui rancangan Meletop seperti dahulu, ketika Nabil mengacara bersama Neelofa. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 961.0K penonton, 50.6K sukaan dan 78 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*