Connect with us

Entertainment

Lama Pendam Sendiri, Fizo Omor Akhirnya Buka Mulut Jawab Adakah Mak Jadi Punca Perpisahan

Published

on

Beberapa tahun lalu, kes penc.eraian pelakon Fizo Omar dan bekas isterinya Mawar Karim menjadi bualan ramai.

Tambahan pula dengan ‘cakap-cakap’ netizen yang mend.akwa punca perp.isahan Fizo adalah kerana terlalu melebihkan ibu.

Menerusi episod kelapan Borak Kelamin yang akan ditayangkan pada malam ini, Fizo secara eksklusif memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Mungkin ini ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi – Mawar | Astro Awani

“Tidak pernah keluar mana-mana kenyataan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan ibu belah saya atau belah Mawar.

“Tapi mungkin bila kita ambil pendekatan untuk berdiam diri, jadi keluarlah macam-macam spekulasi.

“Jadi pada saya tak perlu saya menjawab, tak perlu saya mengiya dan menidakkan, biarlah benda itu antara rahsia saya dan mawar.

“Bagusnya saya dan Mawar terus berdiam diri tanpa membuka pekung atau membuka aib mana-mana pihak. Sebab semua orang ada salah semua orang ada kebaikan dia.

“Jadi nak buat assumption… Terpulang pada orang dan pada saya, kami lebih tahu apa yang berlaku,” tegasnya.

Jelas Fizo lagi, ibunya juga tidak pernah campur tangan dalam membuat keputusan atau apa sahaja perkara yang berkaitan dengan hal rumah tangga mereka.

“Mak saya tak pernah campur tangan, jenis yang diam dan tak ambil tahu. Jika kami berg.aduh pun mak tidak tahu.

“Pada mulanya saya simpan, tetapi bila duduk serumah ni orang tua, dia lebih makan garam, lebih tahu dan syak. Jadi kalau boleh cuba elakkan.

“Macam saya, saya cuba elakkan. Saya tak akan cerita sebab bila kita cerita, kita tengah panas tengah m.arah, semua tentang dia jadi tak betul dan semua berkenaan kita betul.

“Jika ingin bercerita atau perlukan seseorang untuk berkongsi sebaik-baiknya biarlah reda dahulu, fikir positif. Boleh nak bercerita tetapi pada pandangan saya biarlah sejuk dahulu.

Untuk info, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Fizo dan Mawar kemudiaannya berc.erai pada 10 Julai 2019 selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Nak tahu lebih lanjut dan mendengar lebih banyak isu dijawab Fizo?

Jangan lupa saksikan Borak Kelamin 9 malam ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin yang bersiaran setiap Isnin pada waktu dan saluran sama itu juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun keatas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

Video :

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara