Connect with us

Entertainment

Lain Macam Punya Hadiah ‘Birthday’, Suami ’Suprise’ Isteri Dengan Hadiah Kandang Lembu & Kambing

Published

on

Lain dari yang lain. Penyanyi dangdut Indonesia, Jenita Janet tidak menyangka bakal menerima sebuah kandang sebagai hadiah hari lahirnya dari suami.

Menurut Suara.com, wanita itu telah berdandan rapi kerana menyangka akan dibawa ke restoran bagi menyambut hari lahirnya.

Bagaimanapun, suaminya, Danu Sofwan telah memberi kejutan lain di luar jangkaan, membuatkan wanita itu men4ngis terharu.

Dalam rakaman dikongsikan lelaki itu yang merupakan seorang usahawan, dia menutup mata isterinya sehingga mereka sampai ke kandang tersebut.

Sebaik tiba di lokasi, dia kemudiannya membuka penutup mata sang isteri, membuatkan wanita itu terpinga-pinga dan tidak percaya pada awalnya. Pun begitu, selepas dijelaskan, Janeta men4ngis terharu.

“Ini cita-cita aku dari dulu,” katanya dalam rakaman tersebut.

Video tersebut telah dikongsikan di laman Instagram usahawan berkenaan.

“Awalnya saya beritahu isteri nak ajak ke makan tengah hari di restoran baru sempena hari lahirnya di daerah Padalarang. Agak jauh tapi mewah.

“Lepas sampai, saya tutup matanya dan terus bagi kejutan hadiah ternakan. Dia terk3jut dan sangka prank.

“Tak terkata apa dan terharu sangat lihat isteri men4ngis begitu,” katanya.

Tambah Danu Sofwan, dia pada awalnya melabur tiga ekor lembu jantan pada tahun lalu di kandang tersebut. Lama-kelamaan, dia menambah 10, 20 hingga 50 ekor lembu di sana.

Dia kemudiannya bergabung dengan pemilik penternakan untuk menjadi rakan kongsi syarikat @ternaq.indonesia dan menghadiahkannya kepada sang isteri.

“Selamat ulang tahun ya isteriku. Kamu rasmi jadi usahawan ternakan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danu Sofwan (@danu_sofwan)


Sumber: Siakap Keli

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara