“Kutip sisa dalam tong sampah sebab tak cukup”- Telatah Andi Bernadee kutip kunyit dalam tong sampah tapi lain pula jadi tumpuan netizen

Menerusi satu klip yang hanya berdurasi beberapa saat, salah seorang netizen berkongsikan satu adegan yang menghiburkan dalam sebuah rancangan yang digilai ramai. Dalam rancangan pelbagai aksi dan adegan yang melucukan ditayangkan utuk para peminat dan rancangan tersebut menunjukkan kisah para artis menjalani kehidupan seperti netizen lain dan merupakan rancangan yang sangat bersahaja..

Difahamkan, Andi diminta untuk memasak satu sajian lauk untuk dihidangkan dan beliau memilih untuk memasak lauk ‘Ayam Masak Lemak Cili Api”. Sepanjang proses beliau untuk menyiapkan sajian itu sungguh melucukan kerana adegan beliau yang berseloroh seakan akan lupa ada kamera yang merakam beliau ketika itu.. Beliau menyatakan bahawa masakan beliau seperti kekurangan kunyit dan tanpa diduga beliau mengambil sisa kunyit yang berada di tong sampah untuk menambah warna masakan beliau dan ini telah mencuit hati para netizen..

Tontonan penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikan seperti :

@@jas05:comel je dia cakap bahasa sabah

@nyctophile:majoriti comment : ramai lupa andi asal dari sabah

@mira_.:jarang dgr dia punya slang sabah sampai lupa dia sabahan

@EriKyoongs:bapak ah, dia kutip balik!

@Bercorts IT Trading & Services:aku baru tau dia orang sabah adoiiii. asik nak berdonde donde.

@SCHAHIRA:Orang sabah tapi rse mcm orng luar..tak ngam bila dia ckp sabahan

@Bren_24_Nay:”msih ada skit kicik²”

Namun bukan itu sahaja menjadi perhatian para netizen, loghat beliau yang tidak sengaja dilontarkan mengejutkan semua kerana itu merupakan loghat di negeri Sabah.Sungguh, para netizen seakan akan lupa status kelahiran Andi yang merupakan anak jati Sabahan. Kefasihan menggunakan loghat terssebut ketika memasak membuatkan para netizen terpegun dan tidak percaya bahawa artis tersebut merupakan orang Sabah..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*