Connect with us

info

Mulut Sampai Berbuih, Gadis Sedih V1rus Parvo Ragut Nyawa 7 Ekor Kucing

Kucing bukan sahaja perlu diberi makan mengikut masa dan dicurahkan kasih sayang semata-mata. Akan tetapi , tahap kesihatannya juga perlu dipantau. Dalam tak sedar, sebenarnya banyak gangguan kesihatan boleh dialami oleh si bulus anda. Antara masalah paling kerap menyerang kucing adalah virus Parvo. 7 ekor hilang nyawa kerana virus Parvo Menerusi bebenang pengguna Twitter @airore0, […]

Published

on

Kucing bukan sahaja perlu diberi makan mengikut masa dan dicurahkan kasih sayang semata-mata. Akan tetapi , tahap kesihatannya juga perlu dipantau. Dalam tak sedar, sebenarnya banyak gangguan kesihatan boleh dialami oleh si bulus anda. Antara masalah paling kerap menyerang kucing adalah virus Parvo.

7 ekor hilang nyawa kerana virus Parvo

Menerusi bebenang pengguna Twitter @airore0, 7 daripada 15 ekor si manja miliknya tidak dapat diselamatkan daripada virus terbabit. Sekitar Khamis lepas, kucingnya iaitu Venti telah berakhir hayatnya tetapi gadis ini tidak menyedari kehadiran virus berkenaan sehinggalah 2 ekor lagi turut terkorban dalam tempoh beberapa hari selepas itu.

4 ekor lagi menyusul dalam masa lebih kurang 24 jam

Sekitar semalam, 2 ekor lagi iaitu Melly dan Meirose pulang temui ajal kerana wabak yang sama. Virus ini terus merebak kepada 2 ekor kucingnya lagi yang mula menunjukkan simptom seperti muntah, hilang selera makan, murung dan lesu. Semalam, virus Parvo meragut nyawa kedua-duanya dalam jangka masa yang singkat.

Susah nak hapus dan boleh hidup di rumah selama setahun

Menurut sebuah entri Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, virus ini susah dihapuskan dalam boleh hidup dalam udara serta persekitaran rumah selama setahun. Wabak ini boleh dihidap melalui sentuhan, udara, najis dan air liur kucing yang positif virus ini tetapi ia tidak boleh menjangkiti manusia.

Sumber: Kisahdunia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara