Connect with us

Entertainment

Kngsi foto dengan kapsyen Alhamdulillah, Riena Diana dah nikah ?

Published

on

GARA-GARA berkongsi foto bersama seorang lelaki dengan kapsyen Alhamdulillah dan meminta orang ramai mengucapkan tahniah kepadanya, Riena Diana dihujani mesej daripada netizen yang menyangkakan aktres itu sudah berkahwin.

Menjelaskan perkara itu, Riena, 24, berkata, lelaki dalam foto berkenaan adalah bapanya, Zulreal yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan.

Pemilik nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal ini berkata, ucapan tahniah dan syukur itu bukanlah disebabkan dirinya sudah bertukar status sebaliknya sempena menerima kehadiran seorang ibu baharu.

Alhamdulillah… hubungan saya dengan kekasih berjalan seperti biasa.

RIENA DIANA

PELAKON

“Bukan saya yang kahwin… sumpah bukan. Selepas saya muat naik foto itu dengan kapsyen sebegitu, saya terima banyak DM daripada netizen yang ingat saya berkahwin.

“Sebenarnya lelaki dalam gambar itu adalah bapa saya dan ucapan serta luahan rasa syukur itu sebab saya terima kehadiran ibu baharu. Bukannya saya yang berkahwin tapi bapa saya,” kata Riena ketika dihubungi mStar.

Untuk rekod, bapa dan ibu kandung Riena sudah berc.erai sejak pelakon drama siri Kampung People ini itu berusia 14 tahun.

Dalam pada itu, Riena yang juga penyampai radio Hot FM ini memberitahu dia masih menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Nik Afiq.

Riena masih bersama kekasihnya, Nik Afiq.

Bagaimanapun, Riena yang terkenal dengan watak Lailer ini berkata buat masa kini dia masih belum mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke arah perkahwinan.

“Alhamdulillah… hubungan saya dengan kekasih berjalan seperti biasa. Soal kahwin, macam saya cakap sebelum ini… buat masa kini ia bukan fokus utama.

“Tapi Insya-Allah… saya berharap semua orang doa yang baik-baik untuk saya,” ujarnya secara ringkas.

Sebelum ini, perkongsian Riena memberi ucapan romantis kepada Nik Afiq sempena ulang tahun kelahiran teman lelakinya itu menarik perhatian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara