Connect with us

Viral

Pernah Undang Simpati Ramai, Akhirnya Kisah Sebenar Gelandangan Mualaf ‘Kantoi’

Minggu lalu kecoh mengenai kisah seorang mualaf gelandangan yang dikatakan telah dihalau oleh keluarga sendiri setelah mengetahui dirinya memeluk agama Islam. Apa yang meruntun jiwa ramai adalah, pak cik berkenaan terpaksa tidur di kaki lima berdekatan tong sampah besar. Ramai yang simpati dengan nasib mualaf ini Simpati dengan nasib warga emas berkenaan, seorang gadis bernama […]

Published

on

Minggu lalu kecoh mengenai kisah seorang mualaf gelandangan yang dikatakan telah dihalau oleh keluarga sendiri setelah mengetahui dirinya memeluk agama Islam. Apa yang meruntun jiwa ramai adalah, pak cik berkenaan terpaksa tidur di kaki lima berdekatan tong sampah besar.

Ramai yang simpati dengan nasib mualaf ini

Simpati dengan nasib warga emas berkenaan, seorang gadis bernama Rosnih Sugalan tampil menghulurkan bantuan. Kisah ini turut dikongsikan di laman Twitternya sehingga menjadi tular dan meraih perhatian orang ramai untuk menyalurkan banyak sumbangan.

Bukan dibuang keluarga seperti yang ditularkan

Terpanggil berhubung isu tersebut, Faisal Rahim yang juga merupakan seorang petugas di bahagian zakat tampil merungkai kisah sebenar mengenai pak cik mualaf terbabit. Menerusi posting yang dimuat naik di Twitternya, sudah pastinya cerita sebenar amat berlainan dengan apa yang diwar-warkan sebelum ini. Apa yang mengejutkan adalah ternyata individu terbabit bukanlah dibuang keluarganya, selain dirinya juga terpalit dengan pengambilan bahan terlarang.

Jangan terus kutip cerita tepi jalan..

Buat masa ini, warga emas berkenaan telah dihantar semula ke Rumah Transit Anjung Budi bagi tujuan pemulihan. Mengakhiri posting tersebut, Faisal sempat mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mudah mempercayai sesuatu kisah tanpa selidik terlebih dahulu. Walaupun rakyat negara ini terkenal dengan sikap murah hati dan prihatin, namun perlu berwaspada kerana akan membuka ruang untuk golongan seperti ini mengambil kesempatan atas kebaikan itu.

Sumber : Erinsakura

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara