Yang Hormat Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih dikenali sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen, dan ahli perniagaan Malaysia. Selain itu, Tokti memulakan kerjayanya dalam industri muzik seawal usia beliau 16 tahun. Beliau memenangis pertandingan nyanyian di Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Seterusnya, beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh syarikat tempatan iaitu Suria Records. Tokti berasal daripada sebuah keluarga yang meminati muzik yang mana ramai adik beradiknya merupakan penyanyi.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik kick_kapoor8989 menunjukkan Tokti sedang membuat ‘live’ di akaun Tiktok miliknya. Klip video tersebut menunjukkan Ibu beliau iaitu Puan Siti Salmah Bachik sedang memasuki ‘live’ tersebut tanpa beliau perasan. Ibu Tokti yang sedang memasuki ‘live’ tersebut tidak menutup aurat dengan sempurna. Apabila Tokti menegur bahawa ibunya sedang memasuki ‘live’ beliau, Ibu Tokti terkejut dan keluar dari ‘screen live’. Rata-rata netizen dan penonton ‘live’ tersebut terhibur melihat reaksi ibunya itu terkejut. Ramai juga yang memuji bahawa suara Tokti yang ketawa di belakang turut merdu apatah lagi apabila beliau menyanyi. Ada juga yang mengatakan ibunya itu terkejut bukan kerana ‘live’ tetapi kerana ibunya tersebut tidak menutup aurat dengan sempurna.
Klip video tersebut mendapat sambutan yang sangat hangat dan mempunyai sebanyak 948.7K tontonan, 58.1K sukaan dan 877 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@ajai_:menyanyi mcm menyanyi dh
bercakap mcm menyanyi
ketawa pun ada pitching
itu tik tok iti
@aykak89:ketawa pun sedap..ok faham..
@Sabri Jaafar:Nak tengok tokti masa kanak-kanak boleh tengok aafiyah…kalau nak tengok tokti bila dah berusia boleh tengok mak salmah
@Boongalily:Hahaha terkejut tu sebab tak proper bertutup
@ST • Keylee:Kalau tkde mslh .. tkde lah mak dia elak hehe .. ni Mak dia elak mkna nya dia tknk org tgk
@Cyahidah Charif:Ketawa pun sedap dengar. Mak ite ketawa jelah 24 jam
@Azriey:ahahaaha…lama x dgr siti gelak camni…trademark siti,gelak tutup mulut…
Sumber: Tiktok, Wiki