Connect with us

Entertainment

Kes sam4n fitn4h dalam WhatsApp… Eizlan Yusof dan Hans Isaac dicadang rujuk Pusat Med1asi

Published

on

SUSULAN kes sam4n fitn4h Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap Datuk Hans Isaac, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencadangkan kes itu dirujuk ke Pusat Mediasi sebagai jalan penyelesaian.

Tuntvtan sam4n itu difailkan oleh Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 50, selaku plaintif terhadap bekas Pengerusi Finas itu berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa bagi mendapatkan dana untuk syarikat produksi, Excellent Pictures Sdn Bhd.

Eizlan yang diwakili peguamnya Datuk Shaharudin Ali berkata, Hakim Datuk Azimah Omar mencadangkan kedua-dua pihak merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahk4mah Tinggi atau apa-apa cara penyelesaian yang dipersetujui oleh mereka.

“Pada prosiding pengurusan kes hari ini, mahk4mah juga menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 12 Ogos secara dalam talian untuk kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan mengenai perkara itu (penyelesaian),” katanya pada Rabu.

Prosiding secara dalam talian itu disertai seorang lagi peguam Eizlan iaitu Noor Azfar Azmi serta Isa Aziz Ibrahim mewakili Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac atau Hans Isaac, 50, selaku defendan.

Dalam tuntutan saman difailkan pada 8 Februari lalu, Eizlan mendakwa Hans pada 16 November 2020 pada pukul 9.13 malam telah mengungkap, menerbit, mengeluar dan menyiarkan kata-kata fitn4h dalam satu kumpulan WhatsApp ‘Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)’.

Kemelut Eizlan dan Hans sejak tahun lalu.

Kumpulan WhatsApp itu mempunyai 200 ahli terdiri daripada penerbit-penerbit filem dan drama televisyen serta penggiat industri seni termasuk plaintif dan defendan yang kemudiannya tersebar ke media sosial lain.

Dakwa Eizlan kenyataan fitn4h itu antara lain membawa maksud, dia memegang jawatan ahli lembaga pengarah Finas mengambil kesempatan atau menyalahi undang-undang bagi mendapatkan bantuan dana daripada kerajaan untuk syarikat Excellent Pictures.

Tegasnya lagi, tuduhan itu tidak benar sedangkan dia tiada kena-mengena dengan syarikat terbabit dalam apa jua kapasiti dan tindakan defendan itu menyebabkannya kehilangan m4ruah, dih1na dan dijauhi masyarakat umum.

Plaintif antaranya menuntut ganti rugi am untuk ditaksir tidak kurang daripada RM2 juta, ganti rugi teruk dan teladan selain menuntut defendan membuat permohonan maaf.

Hans Isaac menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 17 Mac lalu berkata, d4kwaan plaintif bahawa dia tiada kena-mengena dengan Excellent Pictures adalah tidak benar kerana pernah berlakon dalam filem serta siri drama yang diterbitkan oleh syarikat tersebut.

Hans mend4kwa dia hanya menghantar suatu ungkapan kata ke dalam kumpulan WhatsApp yang mana ia adalah satu kumpulan tertutup dan sebarang informasi yang tersebar keluar dari kumpulan WhatsApp itu adalah tanggungjawab pentadbir kumpulan WhatsApp berkenaan – The Star

Sumber : mStar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara