Connect with us

Entertainment

Kerjaya nyanyian suram, Hafiz Zainal labur RM500,000 buka klinik gigi – “Saya guna duit simpanan, tak mahu berhvtang”

Published

on

KEADAAN pandemik C0vid-19 yang melanda seluruh dunia menjejaskan langkah penyanyi baharu yang juga Bekas Peserta Big Stage 2020 Hafiz Zainal untuk mencari rezeki dalam bidang itu.

Bagi mencari punca pendapatan baharu, Hafiz yang juga seorang dokt0r gigi tekad melaburkan RM500,000 bagi membuka sebuah klinik pergigian Toothsuite Dantal bersama seorang rakannya.

“Jika nak bergantung dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi sahaja memang terkesan, jadi saya buka klinik sebagai pvnca pendapatan.

“Saya dah pasang impian nak buka klinik semasa sejak 10 tahun lalu. Ini masa terbaik untuk saya kejar semula impian itu.

“Saya buka klinik dengan kawan sekelas saya di universiti. Saya tak pernah buat bisnes jadi ini cabaran baharu bagi saya,” ujarnya kepada mStar.

hafiz 2

Hafiz akui kerjayanya sebagai penyanyi terjejas.

Dalam pada itu Hafiz berkata, dia tidak membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan itu sebaliknya menggunakan wang simpanan peribadi masing-masing.

“Alhamdulillah saya buka klinik tak gunakan apa-apa loan, saya tak nak berhutang banyak untuk perniagaan ni.

Saya dah pasang impian nak buka klinik semasa sejak 10 tahun lalu.

HAFIZ ZAINAL

PENYANYI

“Saya masih belajar dalam bisnes ini sebab tu saya takut nak buat pinjaman, Sekurang-kurangnya jika perniagaan tidak berjalan lancar saya tidak berhutang, ” ujarnya.

Biarpun masih kekurangan pelanggan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Hafiz percaya ia bukan satu alasan untuk dia berputus asa.

Selepas 10 bulan bercuti Hafiz buka klinik pergigian bersama rakannya.

Hafiz pasang impian buka klinik sejak 10 tahun lalu.

Hafiz berkata, dia juga sudah merancang strategi sebagai usaha bagi menarik pelanggan ke klinik berkenaan.

“Saya, memang ada terfikir nak tunggu keadaan okay baru nak buka klinik tapi saya dah setkan strategi, kena usaha dulu dan tak nak berikan alasan.

“Sebenarnya saya risau juga buka klinik time PKP ini, ini adalah pelaburan yang sangat besar. Saya yakin insyaAllah akan survive bergantung kepada rezeki.

“Alhamdulillah masih dibenarkan beroperasi sebab termasuk dalam kategori essential service tapi dengan jumlah pelanggan yang terhad, ” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Zainal (@drhafizzainal)

Sumber:drhafizzainal

Sumber:mstar

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara