Connect with us

Sports

Kerja Sebagai Pengawal Keselamatan? Ini Respon Khalid Jamlus

Published

on

Tindakan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya pada 2002 telah mengejutkan ramai pihak. Ramai peminat peminat bola sepak tanahair yang memberi respon positif pada Khalid agar terus tabah dalam menajalani kehidupan. Semoga ada sinar baharu dalam meneruskan lagi legasi bola sepak tanah air.

Tindakan berkenaan juga telah membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Namun, dalam pada orang ramai bersimpati dengan nasib malang Khalid, ada juga kata-kata ‘nakal’ yang mendakwa pemain berkenaan malas dan malu untuk mencari pekerjaan biasa.

Enggan tindakannya itu disalah erti, Khalid kemudian tampil memperjelaskan perkara sebenar.

Menurut Khalid, orang di luar hanya pandai bercakap, namun tidak tahu apa yang terpaksa dilaluinya.

“Ada orang cakap kau sihat, boleh cari kerja, ya betul. Memang saya boleh cari kerja, jadi jaga (pengawal keselamatan) pun boleh no problem.

“Tapi nanti orang akan lalu, Khalid keje jaga je? Apa yang dia ada tu kenapa tak bawa dia duduk dalam satu pasukan,” katanya.

Tambah Khalid lagi, dia tidak menolak suatu hari nanti dia akan bekerja seperti itu.

“Kalau sampai satu masa hakitkatnya tertulis itu pekerjaan aku, saya proceed, tiada perasaan malu.

“Kalau nak tahu lepas aku habis main boleh pada 2011, saya kerja sebagai kuli je. Jaga jalan sampai berkilat muka.

“Aku ok je, tapi bila ada hamba Allah kata aku pemalas..,” katanya.

Khalid berkata demikian menerusi siaran langsung di Facebooknya malam semalam. Difahamkan, Khalid hari ini akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi membincangkan situasi yang melanda pemain berkenaan.

Terdahulu, menerusi bidaan secara langsung di Facebook, kasut emas milik Khalid dijual pada harga RM10,500.

Mengikut rekod, kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA tiga tahun lalu dengan memiliki lesen kelas B.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara