Connect with us

Uncategorized

Kerajaan Beri ELaun Bulanan Untuk Beli Barang Asas.Ini Maklumat Yang Rakyat Patut Tahu Dan Apa Perlu Buat Jika Tidak Tersenarai

Published

on

SALAH satu insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dalam pakej PEMERKASA adalah program PRIHATIN Kasih.

Program tersebut menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan asas melalui kaedah pembayaran tanpa tunai
(cashless) menerusi MyKad.

Antaranya makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak dan telur yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) dan kedai runcit.

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad.

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan depan dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.

Contohnya:

Jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021.

JULAI RM100. OGOS RM100. SEPTEMBER RM100. = JUMLAH RM300

 

Pembayaran akan disalurkan terus ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan selama tiga bulan.

Semakan status penerima PRIHATIN Kasih boleh dibuat di laman sesawang di bawah.

https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx

JIKA ANDA TIDAK LAYAK INI CARANYA.

Sekiranya korang layak, namun tidak tersenarai sebagai penerima bantuan sila hubungi MyKasih Foundation melalui emel info@mykasih.com dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.

Kelayakan:

Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.

Justeru, bagi korang yang layak bolehlah membuat permohonan segera seperti yang dinyatakan.

Sumber : SinarPlus

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara