Connect with us

Entertainment

‘Kepada Yang ‘P0sitif’, Tol0ng Jangan Pentingkan Diri Sendiri & Menyus4hkan Orang’ – Niena Baharun

Published

on

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Niena Baharun berpesan kepada individu p0sitif C0vid-19 agar tidak mementingkan diri sendiri dengan menghadiri temu janji vaks1nasi.

Menurut pelakon Sayangku Kapten Mukhriz itu, apa yang penting rajin kema kini akaun MySejahtera anda.

“Kepada yang p0sitif tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Jangan menyusahkan orang lain. P0sitif duduk diam kuarantinkan diri bukan datang ambil vaks1n atau ke mana-mana.

 

“Tidak perlu risau kalau dapat tarikh temu janji ketika p0sitif. Yang penting kena sentiasa kemas kini dalam MySejahtera, nanti mereka akan tunda ke satu tarikh baharu.

“Pesan kepada ahli angg0ta keluarga dan kawan-kawan semua yang mungkin tidak tahu atau buat-buat tidak tahu,” coretnya di Instagram Story.

Foto ig:nienabaharun.nb

Dalam perkongsian Niena atau nama lengkapnya Amaniena binti Kamarul Baharun, 28, dapat dilihat lokasi tidak dinyatakan itu sedang disanitasi sewaktu menghantar dan menemani pembantu rumahnya.

Bagi Niena pula, hasil tinjauan Utusan Malaysia mendapati ibu kepada sepasang cahaya mata itu sudah menerima suntikan vaksin dos pertama jenis AstraZeneca pada 12 Jun lalu.

Menerusi entri gambarnya yang sudah divaksin turut dilihat pelayar IG bertanya tentang kesesuaian ibu yang sedang menyusukan anak.

“Sebelum ambil vaks1n kita akan jumpa doktor untuk konsultasi dan doktor ada kongsikan sekarang semua vaksin sudah boleh untuk ibu yang serang menyusukan anak,” balas komen Niena.

Foto ig:nienabaharun.nb

Sumber:utusan

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara