Pelakon popular, Mira Filzah diundang menjadi tetamu program bual bicara MeleTop bagi mempromosikan drama The Hotel yang bergandingan bersama penyanyi MK K-Clique malam tadi.
Sebelum itu, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sempat berkongsi video ‘transformasi’ wajahnya yang memaparkan sebelum dan selepas disolek di laman Instagram.
View this post on Instagram
Menerusi rakaman berdurasi 16 saat itu, wajah pelakon berusia 28 tahun tersebut kelihatan agak pucat tanpa mengenakan sebarang mekap sebelum berubah menjadi cantik hasil s0lekan Fiqqi Abdullah
Bagaimanapun, ada segelintir pengikut menegur pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu yang dilihat berwajah ‘cengkvng’ dan semakin kurus.
View this post on Instagram
“Nampak cengkung..”
“Kenapa makin kurus? Moga sihat selalu..”
Namun begitu, rata-rata memuji kecantikan Mira apatah lagi dengan efek transisi yang membuatkan video berkenaan bertambah ‘wow’ apabila ditonton.
“Fuh ‘g1la’ la sis!..”
“Cantik! Mata panda pun comel..”
Sekadar info, drama The Hotel yang diarahkan oleh Helmi Yusof telah ditayangkan sejak 15 September lalu pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.
Sekadar Perkongsian Dan jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: Instagram Mira Filzah via klmenjeritvideo