Pasti ramai tahu sebelum ini, pelakon Wawa Zainal pernah meluahkan rasa bimbang mengenai masalah gigi dua orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Wawa berkata impian anak keduanya iaitu Hayla yang baru berusia enam tahun untuk memakai gigi palsu akhirnya tercapai.

Wawa berkata anaknya itu melalui prosedur yang sama seperti orang dewasa yang ingin memakai gigi palsu serta turut berkongsikan video proses berkenaan.

“Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak Hayla ada gigi? Untuk Hayla, Wawa buat crown & gigi p.alsu macam orang tua ni ha apa entah nama dia. Ditidurkan masa pemb.edahan buang gigi. Ahamdulillah lepas bangun takde rasa s.akit pun,” tulisnya.

Dalam entri tersebut Wawa turut meminta ibu bapa yang mempunyai anak mengalami masalah gigi rosak supaya tidak berputus asa. Wawa akui terkilan dit.uduh tak pandai menjaga gigi anak sedangkan anaknya menggosok gigi dua kali sehari.

“Korang yang ada anak gigi rosak jangan down tau. Wawa pun habis kena tu.duh tak pandai jaga gigi anak. Padahal gosok je dua kali sehari. Cuma silapnya lambat jumpa doktor,” katanya.

Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel dan dikurniakan tiga cahaya mata dimana seorang lagi anak perempuan Aya Soffya kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya

Previous articleLelaki Ini Beri 2 Keping Bitc0in Untuk Dijadikan Hantaran. Berapa Harga 2 Keping Buat Ramai Terkeejut
Next articleAllahuakbar, Sanggup Mandi Hujan! Ebit Lew Turun Padang Bantu Gerai Penjaja Dil4nda Ribvt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here