Connect with us

Entertainment

“Kehidupan saya masih sama.,,” Elizabeth Tan Dedah Blum Pernah Tinggal Bersama Suami, Sejak Kawhwin

Published

on

Tak dinafikan lagi, ramai lelaki Melayu patah hati apabila gambar perkahwinan penyanyi dan pelakon seksi, Elizabeth Tan tersebar 2 bulan lepas.

Ramai yang tidak percaya wanita idaman mereka itu sudah bergelar isteri orang dan mempersoalkan kesahihan gambar perkahwinannya dengan ahli perniagaan Siew Jim di laman sosial itu.

Namun, segalanya terbongkar apabila ayah pelantun lagu SHH itu, David Tan Suan Chew berkongsi gambar perkahwinannya di laman Facebook.

Beratus2 pengikut ‘unfollow’ setiap hari

Memetik temubual bersama Berita Harian, Elizabeth mendedahkan sejak berkahwin dia telah kehilangan beratus-ratus pengikut dalam Instagram pada setiap hari.

“Ia membuatkan saya sangat sedih. Bayangkan, beratus-ratus ‘unfollow’ setiap hari disebabkan saya berkahwin.
“Saya tak sangka ugutan peminat untuk ‘unfollow’ saya dalam IG adalah serius. Biarpun bergelar isteri, tetapi tiada banyak yang mengubah hidup saya,” katanya.

Tinggal berasingan dengan suami

Mengulas lebih lanjut, pennyai berusia 27 tahun itu memberitahu bahawa pada saat ini dia dan suami memilih untuk tinggal berasingan.

“Peminat tidak tahu percaturan hidup kami. Saya dan suami memilih untuk tinggal berasingan. Sejak kahwin, kami belum pernah tinggal sebumbung.
“Suami pilih untuk tinggal bersama ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pula tidak bersedia meninggalkan ibu saya,” luahnya lagi.

Tambah wanita yang mesra disapa Lizzy itu, sejak awal perkahwinan mereka sudah membuat perjanjian untuk tinggal berasingan dan akan hanya berjumpa apabila perlu.

Bagi Lizzy, dia seronok dengan kehidupan sebegitu kerana masing-masing mempunyai ruang sendiri.

‘Ya, saya dah kahwin semalam’ – Elizabeth Tan

Terdahulu, penyanyi Elizabeth Tan mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor, pagi semalam.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, berkata dia memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila kisah perkahwinannya tular sejak pagi tadi.

“Saya minta maaf sebab tak sempat nak berkongsi berita mengenai perkahwinan saya sebab sudah tular lebih awal.

“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.

“Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Lizzy, dia menganggap perkahwinan adalah satu hal yang begitu peribadi buat dirinya.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

“Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya,” katanya.

Terdahulu tular foto dan perkahwinan penyanyi Elizabeth Tan di media sosial apabila bapanya, David Tan Suan Chew turut berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu.

David yang memuat naik sekeping foto di Facebook berkongsi momen penyanyi berusia 28 tahun itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Dalam masa sama, dakwaan perkahwinan mereka turut diperkuatkan lagi dengan hantaran dimuat naik seorang pengguna Instagram dipercayai rakannya, @_esthygram_ turut memaparkan majlis pernikahan penyanyi itu.

Biodata Elizabeth Tan

1. Pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei. Nama popularnya Elizabeth Tan, namun mesra disapa Lizzy.

2. Lahir pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 26 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.68 meter.

4. Anak bongsu daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Andrew Tan merupakan bekas peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor, sebelum menamatkan pengajian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

6. Merupakan penyanyi, pelakon dan model.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

8. Memperjuangkan muzik berkonsepkan Pop dan R&B.

9. Pernah membintangi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Busker, serta bakal muncul dalam filem Misteri Dilaila, Escape dan Sekolahaha.

10. Juga drama My Darling Inspektor Daniel, Misteri Jenazah: “Badi Zalia”, Gerak Khas: “Jerat Kekasih” dan Senafas Rindu.

11. Termasuk telefilem The Berlian Job, Baby Bro dan Kau Roadblock Hatiku.

12. Lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Maafkan Aku, Knock Knock, The World Can Wait, Somewhere New, Setia, Are You Leaving Now, Tabah, Mama (bersama Aziz Harun), Kini Masaku, Darling, Police Entry dan Semua Sudah.

13. Pemegang trofi Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik ke-14, Top Personaliti YouTube Malaysia di Anugerah Influence Asia, Artis Wanita Terbaik di Anugerah Met10, Top 10 Karaoke Melayu Popular di Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night, Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Tertinggi di Anugerah Industri Muzik ke-22 dan Top 10 Karaoke Melayu Popular di Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night.

14. Bergelar finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 menerusi lagu Knock Knock dan AJL ke-31 menerusi Setia.

Sumber: OMM | iluminasi | utusan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.news.allmhi.com/

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara