Connect with us

Entertainment

Kedai Di India Mampu ‘Convert’ Honda Civic Jadi Lamborghini Dengan Modal RM56,257 Sahaja

Published

on

Untuk memiliki model original kereta mewah, kita memang memerlukan belanja yang agak besar untuk membayarnya. Namun, ada sebahagian orang yang dikurniakan ‘bakat’ mengubahsuai kereta biasa untuk kelihatan seperti kereta mewah.

Baru-baru ini tular satu kisah mengenai sebuah bengkel di India telah mengubahsuai kereta Honda Civic menjadi sebuah model replika Lamborghini Aventador SVJ.

Memetik perkongsian portal Carbuzz, kereta supercar replika merupakan satu perniagaan yang berkembang pesat di India ekoran harga cukai kenderaan yang dikenakan kepada penduduk di negara tersebut agak tinggi.

Sumber Gambar: Instagram Dreamcustomindia

Sumber Gambar: Instagram Dreamcustomindia

Sumber Gambar: Instagram Dreamcustomindia

Sumber Gambar: Carbuzz.com


Dari video yang dikongsikan oleh Dream Custom India, kedai tersebut berjaya ‘convert’ sebuah kereta Honda Civic generasi kelapan menjadi sebuah model replika Aventador SVJ dalam masa 25 hari sahaja.

Jika diperhatikan secara sekilas pandang, replika tersebut agak kemas dan hampir mirip seperti model asal yang dikeluarkan oleh Lamborghini. Dream Custom India turut mengubahsuai pada bahagian dalam kereta dengan menambah skrin sentuh pada konsol tengah supaya feel dan pengalaman seakan sama seperti kokpit sebenar model Aventador.


Walaupun rakyat negara India sedang bergelut menangani wab4k pand3mik C0VID-19, sebahagian daripadanya masih menggunakan peluang dan bakat yang ada untuk meneruskan kelangsungan hidup serta memenuhi permintaan pelanggan yang mahu memiliki kenderaan idaman pada harga yang berpatutan.

Kos servis pengubahsuai model Honda Civic untuk menjadi seperti Lamborghini ini cuma berharga antara ₹1,000,000–₹1,500,000 India Rupee (RM56,257–RM84,386) sahaja. DIbandingkan dengan Lamborghini yang cec4h harga jutaan ringgit, ubah suai ini mungkin sudah cukup puaskan hati pelanggan.

Sumber:thevocket

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara