Connect with us

Entertainment

“Kau mudah kena tiipu la ib,” Dialog Jep Sepahtu Pada Shuib Tarik Perhatian Netizen

Published

on

Sejak minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita penahanan beberapa individu yang terlibat dalam pen1ipuan wang berjuta ringit yang dikenali sebagai M4cau Sc4m.

Menerusi laporan media, dalang utama sind1iket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ‘ejen’ di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil pen1ipuan.

Memetik laporan Berita Harian, sind1iket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan har4m berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.

Ejen dekati selebriti tanah air sunt1ik modal 

“Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyunti1k modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan,” kata sumber berkenaan.

Pelawak, usahawan dan juruhebah radio terkenal, Shuib telah disahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menerusi laporan Malaysiakini, Pengurus Shuib, Nana Mohamad Rom, bagaimanapun berkata tiada maklumat lain dapat diberikan buat masa ini kerana enggan mengganggu siasatan pihak berkuasa selain menghormati sistem perundangan negara.

Rentetan daripada itu, ramai peminat hiburan tanah air terkejut dengan kes yang melibatkan selebriti ini.

Rata-rata merasa kasihan dengan nasib yang menimpa Shuib dan satu video yang di mana dialog pesanan Jep pada Shuib di dalam satu drama menjadi perhatian netizen.

“Kau ni mudah kena ti1pu la ib, lain kali rambut jangan sikat tepi..”

Dalam pada itu, beberapa hari lepas ada netizen mengajak untuk memb0ikot perniagaan individu yang terlibat di dalam siasatan tersebut.

Menerusi perkongsian di laman sosial Twitter, individu menggunakan nama ‘YB Kak Mira’ menulis ciapan supaya membo1ikot francais dibeli Datin A daripada pelawak Shuib.

Tweet tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak.

Menerusi ciapannya, Sharnaaz menegur ‘YB Kak Mira’ dengan menegaskan mereka tiada kaitan dengan aktiviti jen4yah dilakukan datin berkenaan.

“Jangan begitu YB, kami ni takdak (tak ada) kena mengena, kami cari rezeki halal,” tulisnya.

Terdahulu beberapa portal melaporkan pasangan terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan agensi antir4suah tersebut.

Utusan Online melaporkan siasatan itu dibuat berkaitan kegiatan pengubahan wang har4m.

sumber via obulan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara