“Kau Lah Set4n Paling Besar Sekali…” -Netizen Panas Hati Dgn Watak Nadia Dlm 7 Hari Mencintaiku 3, Sekali Ini Respon Mia Adriana

7 Hari Mencintaiku 3 sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Jamal Khan (FDAM), dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya. Merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku 2 (2020). Siri ini telah mula tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 16 April 2022 menggantikan Harith Fayyadh.

Drama ini mengisahkan tentang rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana, diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga kepada anak mereka. Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam tempoh 7 hari.

Dalam video klip ini menunjukkan lakonan Siti Saleha memegang watak sebagai Mia Adriana, dan Jaja Ilyes melakonkan watak sebagai Nadia. Pertengkaran antara dua watak ini, ketika Mia dituduh menggunakan cara halus untuk menghuru-harakan keluarganya sendiri. Babak ini raih perhatian ramai dengan kata-kata Mia Adriana membuatkan reaksi Nadia terkedu dan terdiam.

Lihat klip durasi pendek drama 7 Hari Mencintaiku 3:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@gloe_shot:dia nak jatuhkan mia tapi dia yang balik ii kena

@ᴇ ʀ ᴍ ᴀ:DIA TK KENAL LAGI SPA MIA ADRIANA YG SEBENAR

@RYAN:ayat mia semua deep, cara dia jawab tu pun bijak tahap max

@MARY MAGDELYN:senyuman mia hanya dia yang tahu makna disebalik senyum tu

@kaoru:jangan main main dengan lawyer yg satu ni

@Zaeight_8:dia tak ingat ke..mcm mane mia gaduh dgn mak dia dulu..

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan sangat bersetuju dan berpuas hati dengan respon Mia Adriana yang sentiasa menghadapi pelbagai perangai manusia yang penuh hasad dengki disekelilingnya. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 598.6K penonton, 115.7K sukaan dan 503 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*