Connect with us

Artis

“Kau apahal? G!la!”- Tukang Cat Jalan Dedahkan Impi Beli Kereta Mewah, Dlu Hairul Azreen Ditertawakan, Kini..

Published

on

Pelakon dan pengarah filem popular, Hairul Azreen, 33, berkongsi cerita dirinya pernah digelakkan rakan sekerja mengenai impian besar untuk memiliki kereta mewah sewaktu dia bertugas sebagai tukang cat jalan raya pada 2007 lalu.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia tidak pernah lupa pada insiden lama itu (digelak rakan sekerja) yang baginya menjadi bukti bahawa tidak salah untuk menyimpan angan-angan besar.

(Pernah Die.jek Kawan: Hairul Azreen Impikan Kerta Mewah Akhirnya Tercapai )

Hairul memberitahu ia merupakan pekerjaannya pada tahun 2007. Hairul yang turut berkongsi fotonya ketika melakukan kerja itu akui malu gambarnya diambil.

Dengan nada gurau Hairul berkata jika boleh dia tidak mahu mengambil gambar ketika mengecat jalan kerana bimbang kekasih yang ada nanti lari.

Sementara itu, Hairul turut berpesan supaya berbuat baik dan menghargai dengan semua orang, tak kira siapa pun mereka.

Tambah Hairul lagi, ijazah terbaik adalah datang dari pengalaman hidu

( Gambar 7 Disember 2017 )

“Masih tak lupa masa saya kerja cat jalan 2007. Masuk kerja jam 12 tengah malam, habis kerja jam 5 pagi, sebab orang sudah siap nak pergi kerja.

“Tapi masa kerja itu, ada kereta-kereta ‘sport’ laju lalu sebelah saya, lepas itu saya apa lagi terus men.jerit satu hari nanti, saya kerja rajin-rajin dan beli ‘sebiji’ (kereta).

“Selepas itu kawan yang kerja cat dengan saya cakap, ‘Kau apahal? Gi.la!’,” katanya.

( Hairul Azreen bersama Isteri dan Anak-Anaknya )

Pelakon filem Paskal itu juga percaya kata-kata juga sebenarnya doa, selain bekerja-keras memajukan diri demi mencapai sesuatu impian dihajati.

“Kalau inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita itu besar dan bagus untuk kita tuju sebab kata-kata itu doa,” katanya.

Baru-Baru Ini, Bukan sahaja bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter, malah pelakon Hairul Azreen sekeluarga turut berpeluang menikmati percutian di atas kapal layar mewah pada Ahad.

Berkongsi pengalaman itu, Hairul tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan yang juga jutawan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Pelakon berusia 33 tahun meluahkan rasa teruja menerima layanan istimewa di atas kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

“Saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia.

“Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady. Rezeki anak-anak,” kata Hairul.

pemilik nama Hairul Azreen Idris berkongsi video dia bersama keluarganya berada di atas kapal mewah milik jutawan berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut teruja serta mendoakan rezeki Hairul dan keluarga sentiasa dimurahkan.

Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady.

HAIRUL AZREEN

PELAKON

“Rezeki anak-anak you… celik mata dapat jumpa jutawan Malaysia. Aku hidup separuh abad pun tak dapat merasa ini semua.

“Abang Hairul sentiasa berutung dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah… semoga keluarga semua dipermudahkan.

“Ini baru betul-betul geng kayangan!”komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.

Hairul

Hairul sekeluarga bercuti di Pulau Redang.

Sebelum ini, percutian Hairul bersama isterinya, Hanis Zalikha dan dua orang anaknya ke Pulau Redang, Terengganu menaiki helikopter perhatian netizen.

Pelakon itu turut dipuji kerana sanggup berbelanja besar demi memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisyah, 2.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: astroawani, HM, IG Hairul Azreen, Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara